Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menetapkan tiga kadar fitrah iaitu RM7, RM14, dan RM21 pada bulan Ramadan tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Hakim Amir Osman berkata, orang ramai boleh membuat pembayaran zakat fitrah secara online menerusi portal fitrah.zakat.com.my .

Selain itu, pembayaran juga boleh dibuat secara bersemuka di 10 kaunter PPZ-MAIWP atau di masjid, surau serta pasar raya menerusi 921 penolong amil yang sudah dilantik.

Manakala bayaran secara dalam talian pula boleh dibuat melalui perbankan internet dan saluran e-dompet (Boost, Shopee, Tulus, GoPayz, The Noor, Raiz).

Katanya, operasi kaunter PPZ-MAIWP bagi bulan Ramadan akan dibuka dari jam 8.15 pagi hingga 4.30 petang untuk tujuh hari seminggu. – MalaysiaGazette

8 Komen

  1. alhamdulilah,harga zakat bagi setiap orang masih lagi dengan angka 7,iaitu RM7 Ringgit.. Dan saya akan cuba membayar zakat melalui application RAIZ…

  2. Saya akan cuba membuat pembayaran zakat melalui RAIZ apps.. terima kasih atas information ini.

  3. alhamdulilah,kadar bayaran zakat masih lagi terbahagi tiga iaitu RM7, RM14, Dan RM21… dan saya akan cuba membuat pembayaran zakat melalui apps RAIZ.terima kasih atas perkongsian tentang Zakat bagi umat ISLAM dia malaysia.

  4. Pembayaran zakat fitrah sangat mudah dengan bayaran melalui online untuk zakat fitrah..

Comments are closed.