KUALA LUMPUR – Seorang doktor melalui detik cemas apabila menjadi mangsa buli jalanan di hadapan sebuah stesen minyak di Ampang Point dekat sini semalam.
Dalam kejadian itu, kenderaan warga emas itu dihalang atas jalan dan dipukul teruk oleh seorang suspek lelaki tidak dikenalinya.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, semasa kejadian jam lebih kurang pukul 10.30 pagi itu berlaku ketika mangsa berusia 67 tahun itu menyedari kenderaannya telah dilanggar dari arah belakang.
“Pengadu yang merupakan doktor yang bekerja di Hospital Gleneagles apabila sampai di hadapan Stesen Minyak Petron Ampang Point keretanya telah dihalang dari arah hadapan oleh sebuah kenderaan utitili sukan jenis Mercedes berwarna putih.
“Tiba-tiba seorang suspek lelaki tempatan telah turun dari kenderaan dan bertindak membuka pintu kereta pengadu lalu menumbuk muka bahagian kanan pipi, menarik rambut dan menerajangnya pinggang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah Mohamad Farouk, perbuatan suspek itu telah menyebabkan pengadu mengalami kecederaan teruk.
Pada masa yang sama insiden tersebut telah dirakam oleh pengguna lalulintas lain sebelum tular di media sosial.
“Bertindak atas maklumat pengadu, suspek telah berjaya dijejaki dan diberkas dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ampang untuk dapatkan perintah reman bagi meneruskan siasatan dalam kes tersebut.
“Hasil semakan polis juga mendapati, suspek tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau sementara saringan ujian air kencing yang dijalankan ke atas suspek mengesahkan keputusan negatif,” katanya.
Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahannya.
Manakala suspek turut disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.- MalaysiaGazette
Perangai Bavarian dan berfikiran umpama GORILA seharusnya disumbat ke penjara sebagai pengajaran dan contoh kepada orang lain yg berotak sama..bahawa hidup di Malaysia ini masih ada undang undang untuk dipatuhi.
Aik… Berita lain cakap dr ni langgar keta merc tu.tapi tak berhenti. Tu la kena pukul
penjara mandatori pada manusia haiwan begini…
Sikap orangĀ² yang sombong dan bongkak. harap Dr. tu saman orang tu sampai terduduk. baru padan muka dia.
benda boleh bincang ,kenapa nk buat undang- undang sendiri ,nk jadi samseng …malaysia ni ada undang2 …ada otak pakai ,jgn simpan dlm poket …tak pasal2 berpuasa dlm rumah besi …jgn ikut nafsu ..guna lah otak yng tuhan bg untuk berfikir sebelum membuat sesuatu …
orang kaya selalu fikir mereka boleh buat sesuka hati mereka. pengkerbau itu nampak orang tua, terus dibelasah tanpa kasihan dan hormat. sedih tetapi ia berlaku. harap polis ajar sikit sikaya itu masa reman.
Rakyat tidak memerlukan spesis sampah sarap camni…sumbat dlm penjara..satu sel ngan penjenayah tegar…siap ngan lima das rotan…baru insaf…setakat RM2k…celah gigi jer