ACP Mohd Azhar Mohd Yusoff

TEMERLOH – Polis Temerloh mengambil masa 32 minit untuk  memberkas seorang lelaki yang mencuri barang kemas yang bernilai RM91,000 dalam kejadian semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Yusoff berkata, suspek ditahan dalam satu serbuan  di kawasan Mentakab pada jam 1.30 petang setelah menerima laporan pada jam 12.58 tengah hari.

“Pemilik kedai emas yang mendakwa telah berlaku kecurian barang kemas dalam sebuah premis miliknya di kawasan Mentakab.

“Kejadian berlaku pada jam lebih kurang 10.30 pagi  suspek ketika pemilik kedai sedang melayan pelanggan lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya suspek berumur 46 tahun telah berjaya ditangkap dalam satu serbuan di sebuah rumah di kawasan Mentakab dan berjaya merampas empat utas rantal emas yang dicuri suspek.

Katanya, suspek mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan perjudian.

Suspek telah ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bermula 21 hingga 24 Mac untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun dan boleh dikenakan denda. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Suatu nasihat kepada pencuri pencuri. Dizaman 2023 ini hentikan kegiatan tidak bermoral begitu..lebih baik belajar menguasai media sosial..jika berada dalam kebuntuan dan masalah kewangan..minta tolong dgn netizen sahaja sebagaimana yg dilakukan oleh AHLI AHLI POLITIK yg mendapat derma dan dana orang ramai untuk membayar denda bila kena saman fitnah. Mungkin lebih bermaruah.

Comments are closed.