Kaoru Mitoma. Foto Manchester Evening News.

LONDON – Manchester United dilaporkan berminat mendapat pemain Brighton, Kaoru Mitoma sebagai persiapan untuk menghadapi musim depan, lapor Sky Sports.

Pemain Jepun itu muncul antara tonggak Brighton musim ini dan ketika membantu pasukannya dalam memburu tempat ke pentas Eropah serta mara ke separuh akhir Piala FA.

Persembahan pemain sayap lincah itu telah menarik minat kelab-kelab gergasi Inggeris dan mereka mula menghantar penilai bakat bagi melihat lebih dekat penyerang sensasi Brighton itu.

United tidak ketinggalan untuk menghantar penilai bakat mereka pada perlawanan-perlawanan Brighton hanya tertumpu kepada Mitoma.

Bagaimanapun United berpeluang melihat aksi pemain 25 tahun itu lebih dekat lagi apabila kedua-dua pasukan bertembung pada separuh akhir Piala FA di Wembley bulan depan.

Mitoma sudah meledak sembilan gol untuk skuad kendalian Roberto De Zerbi dan melakukan enam umpanan gol dalam semua kejohanan.

Sementara itu, pengendali Manchester United, Erik ten Hag akan merombak skuadnya pada musim panas ini bagi memberi laluan kepada pemain-pemain baharu seperti Mitoma.

Anthony Elanga dan Anthony Martial antara yang akan dilepaskan pengendali dari Belanda itu, sekali gus menyaksikan pemain baharu bakal membarisi United di posisi berkenaan.

Skuad kendalian Ten Hag masih berada di landasan terbaik untuk memenangi treble musim ini selepas memenangi Piala Liga pada Februari, mara ke suku akhir Liga Europa bertemu Sevilla dan ke separuh akhir Piala FA menentang Brighton.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast