Thai Hot Guy
Mohd Harun Esa

KUALA LUMPUR – Rancangan pihak tertentu menganjurkan program Thai Hot Guy di sebuah kelab malam di sini jelas tidak menghormati Islam sebagai agama Persekutuan dan sensitiviti umat Islam di negara ini.

Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu, Mohd. Harun Esa berkata, lebih dikesali aktiviti yang didakwa mempromosikan agenda lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) itu dijadualkan berlangsung pada bulan Ramadan.

Menurut beliau, aktiviti songsang tersebut dikhuatiri boleh merosakkan generasi muda.

“Kita juga menyeru kepada pihak berkuasa agama dan pihak berwajib untuk mengambil tindakan kepada program seperti ini dan seterusnya mengawalnya agar ia tidak menjadi satu normalisasi budaya di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Poster berhubung program tersebut yang tular dalam media sosial telah mencetuskan kemarahan dan bantahan umat Islam di seluruh negara.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Akmal Saleh memberi amaran pihaknya akan ‘hadir dan membatalkan’ program berkenaan sekirannya penganjur tidak berbuat demikian.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pula menasihatkan agar acara yang boleh mewujudkan keresahan kepada umat Islam itu dibatalkan.

Semalam, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah mengesahkan penganjur bersetuju untuk membatalkan program tersebut, seperti yang diarahkan oleh polis. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast