Cha Hoong Fong

KUALA LUMPUR – Polis Daerah Klang Selatan sedang mengesan beberapa orang lelaki yang didakwa memukul seorang pemandu lori sehingga cedera semalam.

Kejadian itu dilaporkan oleh mangsa pada jam 11.30 pagi di Balai Polis Pandamaran.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pengadu mendakwa semasa dia melintas simpang Jalan Bawal, Telok Gong ketika memandu sebuah lori kontena yang muatan peralatan pembuat paip, di Jalan Telok Gong, tiba-tiba sebuah motorsikal telah keluar dari persimpangan jalan tersebut.

Penunggang motorsikal bersama dua pembonceng kanak-kanak perempuan berumur 9 tahun dan lelaki berumur 7 tahun, telah hilang kawalan dan terjatuh diatas jalan raya.

Kanak-kanak perempuan telah tergilis oleh roda tayar belakang lori kontera dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Penunggang dan pembonceng mengalami kecederan dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Setelah kemalangan berlaku, sekumpulan lelaki telah berkumpul di lokasi tempat kejadian dan memukul pemandu lori kontena dan memecahkan cermin hadapan lori kontena.

Akibat daripada itu, pemandu lori kontena telah mengalami kecederaan luka di pipi kanan, lebam mata, sakit di seluruh anggota badan dan menerima rawatan di

HTAR.

Hoong Fong berkata, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Klang Selatan telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 147/427 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan rusuhan serta mendatangkan kecederaan dan kesalahan khianat terhadap harta benda.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini atau suspek yang terlibat diminta untuk menyalurkannya terus kepada IPD Klang Selatan di talian 03-
33762222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran. – MalaysiaGazette

Murid perempuan maut digilis treler