Antara barangan mewah yang dirampas polis dipercayai hasil kegiatan jenayah pecah rumah dan curi sindiket berkenaan. - Ihsan PDRM

MELAKA – Polis menumpaskan satu sindiket pecah pecah rumah yang menyasarkan kondominium, pangsapuri dan residensi dengan tangkapan empat individu di Lembah Klang.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, tangkapan itu dibuat dalam dua serbuan berasingan pada 14 dan 22 Mac lalu.

Menurutnya, semua suspek termasuk seorang wanita berusia 34 hingga 51 tahun diberkas selepas siasatan kejadian pecah rumah sebuah kondominium di Klebang pada 2 Mac lalu hingga menyebabkan mangsa kerugian RM50,000.

“Susulan laporan diterima, kita melakukan risikan sebelum menahan dua lelaki yang disyaki di sekitar Kuala Lumpur pada 14 Mac lalu.

“Hasil soal siasat, kita melakukan serbuan kedua dan menahan dua lagi suspek iaitu seorang lelaki dan wanita di Selangor pada 22 Mac lalu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Christopher, dalam serbuan itu, polis turut merampas pelbagai barangan berjenama mewah antaranya jam tangan, beg tangan, telefon bimbit serta dua kenderaan.

Selain itu polis turut merampas alatan pecah rumah serta pakaian yang digunakan suspek dalam kegiatan itu.

Christopher berkata, dengan tertangkapnya semua suspek, polis percaya berjaya menyelesaikan lapan kes pecah rumah di Melaka, Kuala Lumpur dan Selangor.

Semua suspek direman sehingga 27 dan 29 Mac ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette.

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast