perjuangan UMNO
Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menganggap UMNO sudah menggugurkan perjuangan asalnya bagi membela hak orang Melayu.

Malah, beliau yang juga bekas Presiden UMNO menyifatkan parti itu tidak wujud lagi.

“Yang ada ialah bangkai yang diperalat untuk menyelamat pemimpin yang bergelumang dengan jenayah,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Dr. Mahathir turut mempertikaikan pandangan pihak tertentu yang menganggap Perhimpunan Proklamasi Melayu anjuran Sekretariat Tanah Air yang tidak menyentuh kaum lain itu sebagai rasis.

Perhimpunan yang sepatutnya berlangsung pada 19 Mac lalu terpaksa dibatalkan selepas tiga kali bertukar lokasi susulan tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.

“Tetapi sekarang orang Melayu yang rancang melancar proklamasi berkenaan masalah yang dihadapi oleh orang Melayu pun tidak dibenar,” jelasnya.

Beliau memetik Perkara 3.3 Perlembagaan UMNO yang menyebut: “membela Kepentingan Raja-Raja Melayu, Bangsa Melayu, Bumiputera, Anak Negeri Sabah dan Orang Asli…… (termasuk) perkara dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.”

Namun, Dr. Mahathir bimbang orang Melayu akan hilang kebebasan bersuara sekiranya mereka tidak dibenarkan membincangkan masalah kaum sendiri dan ajaran Islam, tanpa menyentuh kaum lain.

“Apakah ini perjuangan UMNO? Apakah ini UMNO?” soalnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. udah2la tu. Zaman dh berlalu.. 22th + 22 bulan ada peluang namun apa yg bole dibanggakan. elok rehat sementara masa masih ada. itu pilihan yg ada n yg terbaik.

Comments are closed.