Pahang tambah RM8 juta peruntukkan Bantuan Prihatin (BPP) untuk pendidikan

KUANTAN – Kerajaan Pahang menambah RM8 juta  dalam peruntukan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM42.4 juta tahun ini.

Peruntukan ini bagi  memanfaatkan kepada 218,193 penerimanya.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM14.767 juta bagi  membantu anak-anak Pahang membabitkan semua peringkat pendidikan.

“Kerajaan negeri memperuntukkan RM2.514 juta yang akan memberi manfaat kepada 25,146 orang murid darjah satu seluruh Pahang di mana setiap murid akan menerima RM100  setiap seorang,” katanya.

Bantuan tersebut, menurut Wan Rosdy, mula diagihkan hari ini sehingga 7 April depan di seluruh 540 buah sekolah rendah seluruh negeri.

 Wan Rosdy Wan Ismail menyerahkan sumbangan RM100 Bantuan Prihatin Pahang kepada seorang murid darjah satu di Sekolah Kebangsaan Mat Kilau, di sini hari ini.

Selain bantuan untuk murid darjah satu ini, kerajaan negeri juga turut menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar SPM dan STPM yang akan menerima RM100 seorang melibatkan 25,871 penerima dengan jumlah peruntukan RM2.587 juta.

“Pelajar tahfiz akan menerima RM100 seorang, melibatkan 8,000 penerima dengan jumlah peruntukan RM800, 000.  

Mahasiswa di IPTA, politeknik dan kolej komuniti akan menerima RM300  seorang berbanding RM200 tahun lalu, melibatkan 29,553 penerima dengan jumlah peruntukan RM8.866 juta,” tambah Wan Rosdy ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Bantuan Prihatin Pahang (BPP) kluster pelajar Darjah Satu di Sekolah Kebangsaan (SK) Mat Kilau, Inderapura Jayahari di sini.

Jelas beliau, pertambahan jumlah bantuan yang diberikan kepada rakyat di negeri ini dipengaruhi faktor kerajaan kini mempunyai kedudukan kewangan yang semakin baik.- MalaysiaGazette