Pelakon, Diana Danielle selepas hadir bagi pelantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dengan suaminya Farid Kamil ketika di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari. Foto MOHD ADZLAN, 28 MAC 2023.

SHAH ALAM – Pelakon dan model, Diana Danielle menegaskan dakwaan Farid Kamil wujud pihak ketiga dalam rumah tangga mereka adalah fitnah.

Sebaliknya Diana, 32 berkata, masalah rumah tangga mereka berdua berpunca daripada Farid sendiri.

Katanya, selepas lapan tahun,  baru hari ini Farid Kamil bertindak membelikannya sebentuk cincin yang baru selepas hilang selama bertahun-tahun.

“Tidak. Fitnah (ada orang ketiga). Masalahnya adalah dia 100 peratus. Bayangkan cincin yang dia nak bagi tadi dia sudah hilangkan selama lapan tahun, baru hari ini dia nak belikan cincin perkahwinan kami selepas lapan tahun.

“Kalau betul saya ada orang ketiga, kenapa dia nak belikan cincin perkahwinan? Kalau kantoi kenapa nak bawa bunga?” soalnya.

Ketika ditanya sama ada Diana atau nama sebenarnya Diana  Danielle Danny Beeson mahu mempertimbangkan semula keputusannya untuk bercerai, pelakon wanita tersebut menganggukkan kepala dan nampak nekad dengan keputusannya.

Diana turut mencetuskan tanda tanya apabila berkata, anak perempuannya, Aurora yang berusia tujuh tahun trauma.

“Aurora trauma,” katanya ringkasnya.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyifatkan Farid hanya mahu menyelamatkan maruahnya bukan rumah tangga merekaz

“Masih mahu berpisah. Dia bukan cuba nak selamatkan rumah tangga, tapi nak selamatkan muka dia,” tambahnya.

Sementara itu, peguam yang mewakili Diana, Datuk Akberdin Abdul Kadir berkata, dakwaan wujud pihak ketiga dalam rumah tangga anak guamnya tidak berasas.

“Ada pihak ketiga tidak wujud. Selepas kes difailkan baru semua ini (dakwaan) keluar,” katanya.

Dalam masa yang sama, katanya, Diana sebagai ibu telah menerima hak jagaan sementara kepada kedua-dua anaknya iaitu Muhammad dan Aurora.

Bagaimanapun, Farid masih boleh berjumpa dengan anak-anaknya.

“Pada hari ini juga ktia serahkan perintah mahkamah di mana anak guam saya dapat perintah jagaan sementara pada minggu lalu dapat perintah hak jagaan sementara.

“Farid boleh jumpa tidak ada masalah, cuma ada perintah dari mahkamah,” katanya lagi.

Sebelum itu, Farid mendakwa tidak dibenarkan berjumpa dan berhubung dengan dua anaknya sejak awal Mac lalu.

Dalam pada itu, Akberdin memaklumkan bahawa Jawatankuasa Pendamai (JKP) di antara pasangan berkenaan akan membentangkan laporan kepada hakim syarie pada 30 Mei nanti sebelum mahkamah membuat keputusan selanjutnya.

Sebagai rekod, Diana memfailkan cerai pada awal Febuari lalu atas alasan tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Farid dakwa ada pihak ketiga mahu dia berpisah dengan Diana