KUALA LUMPUR – Kadar faedah antara 4% hingga 5% setahun akan dikenakan bagi pinjaman bercagarkan Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, fasiliti pembiayaan patuh syariah juga disediakan oleh institusi perbankan dan tidak melibatkan sebarang unsur riba.
Anwar berkata, fasiliti Sokongan Akaun 2 bakal memanfaatkan lebih daripada 4 juta atau 32 peratus ahli KWSP di bawah umur 55 tahun yang layak.
“Kadar faedah (Konvensional) atau kadar keuntungan (Islamik) yang akan dikenakan oleh institusi perbankan dijangka di antara 4% hingga 5% setahun.
“Kadar ini adalah jauh lebih rendah daripada kadar pasaran semasa pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan yang dikenakan pada sekitar 8% hingga 15%,” kata Anwar.
Katanya, jumlah pembiayaan minimum adalah sebanyak RM3,000 dan maksimum sebanyak RM50,000.
Jumlah pinjaman tertakluk kepada baki simpanan di dalam Akaun 2 KWSP dan terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak bank.
“Memandangkan jumlah caruman dalam Akaun 2 hanyalah sokongan, pembiayaan ini tidak bercanggah dengan peruntukan Akta KWSP,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Negara.
Perdana Menteri dalam ucapannya sekali lagi menegaskan kerajaan tidak akan mempertimbangkan pengeluaran tambahan baharu simpanan KWSP.
Setakat 31 Januari lalu seramai 1.89 juta ahli berumur antara 40 tahun hingga bawah 55 tahun atau 38 peratus mempunyai simpanan di dalam Akaun 1 sebanyak RM10,000 dan ke bawah.
“Dalam keadaan sekarangpun jika dibenarkan pengeluaran, simpanan rakyat itu telah menyusut mendadak.
“Apakah adil untuk kita masih membebani hari tua rakyat dengan simpanan yang tidak mencukupi? Apakah tidak ada cara lain boleh diusahakan?” kata Anwar.- MalaysiaGazette
baki ACC 2 sedikit susah nak buat pinjaman bercagar berbanding ACC 1 mempunyai lebih dari RM 10 ribu minta jasa baik PM keluarkan jugak ACC 1 KWSP kerana keadaan terdesak sangat dengan hutang mohon PM Dato’ seri Anuar Ibrahim meluluskan KWSP besasar memang semua rakyat memerlukan duit sekarang apa akan jadi pada kami semua seandainya pemungut hutang menyuruh membayar segera hutang hutang takut nanti jadi kes pulak kalau x mampu bayar hutang dengan siapa kami nak minta tolong saya merayu PM UTK meluluskan KWSP besasar sekian terima kasih
Blacklist layak memohon untuk jelas bayar hutang bank tak?
Setuju sangat
Blacklist layak memohon untuk jelas bayar hutang bank tak?
Kerajaan hanya menyebut tentang pinjaman dan faedah bayaran sahaja, tetapi bagaimana dengan pencarum yang namanya blacklist boleh ke membuat pinjaman bank?
solusi apa yg kerajaan buat ni? cagaran akaun 2?? dah sedia maklum sbelum ni dah ada pengeluaran membabitkan akaun 2,,nak cagar apa lagi ni? tolong kaji lagi semua tu boleh kan…jangan asyik nak pandang kayangan jaa,yg di bawah ni dah kacau bilau dah..kita semua tinggal bawah satu bumbung kan..macamana nak bentuk PERPADUAN kalau yg tengah derita langsung tak dipandang macamni,,kami perlu duit titik peluh kami selama ni utk hadapi hidup anak bini kami,hari tua blm tentu pasti kita boleh masih bernafas lagi sebab smua tu bkn kita manusia yg tentukan..pasai apa nak kena ada alasan2 mcamtu lagi,,tak kira sapa pun yg kata manusia ni bleh ubah ketentuan ALLAH apatah lagj nak mengaturnya,,hal macamni sepatutnya tak perlu nak dibahaskan lagi lah kan..PUKIRLAH SIKIT…..
**PIKIRLAH SIKIT…
tahun ni umur saya masuk 54 tahun, x payah ceritala akaun 2 sebab dh habis saya gunakan untuk menampung keperluan sejak berhenti kerja 4 tahun yg lalu… sekarang ni kerja bawa Grab dengan pendapatan yg tidak menentu…
kalau kerajaan khuatir rakyat salah gunakan pengeluaran kwsp ni… saya mohon / merayu sangat kerajaan pertimbangkan akaun 1 juga boleh dikeluarkan utk pembayaran ansuran bulanan pinjaman rumah sepertimana akaun 2… sekurang2nya dapat meringankan beban kewangan bulanan rakyat seperti saya ni dan bagi mengelakkan rumah tergadai atau dilelong… errr… agak2 PMX baca ker komen @ rayuan ni…
pm 10 malah membebani dan menyebabkan hutang bertambah… 4% – 5% tambahan hutang setahun… adakah relevan?
INI LAH AKIBAT KALAU PILIH PM YANG TAK ADA BERJIWA RAKYAT, TAK TAHU MENGHARGAI RAKYAT YANG MEMILIH BELIAU MENJADI PM, RAKYAT MEMILIH BELIAU KERANA RAKYAT YAKIN YANG ANUAR AKAN MEMBANTU RAKYAT, TETAPI…. APA KAN DAYA, CAKAP PUN TAK GUNA, BILA JADI PM, LUPA DIRI….
Bankruptcy boleh tidak layak membuat cagaran di bank?
Bagi yg black list mcm mn pula..? Hr tua 1 perkara,mslh skrg bgaimana..? Kerja xde,umur lbh 40 cmpany mn yg nk ambk..degree le maater dh blh smpn kat stor bg ank cucu tgk ms dpn nsb org tua mreka,din kuayraya a bg kwsp lockdown bg lg lockdown sblm ni, mmg cerdik sgt tp utk politik tembolok dia dgn lebai2 poligami terer..ekonomi kelembai..dsai pun kot ye jgn la keras kpala rs btul je..ade yg ssh xde sape yg blh d sandarkan..tekanan hdup ni dh lm sgt harung..hdup ssh smpi tujuan asal terbiar..u pemimpin u punya tanggung jwb..jgn cter hr tua,skit ms jk duit jd kertas sampah u tau ia akan ttp trjd..bl rahsia Allah swt..lm atau x u blh pikir,i dont believe it will take long time more..a few couple years or maybe a few month who knows..
kalau dah jadi PM, kesusahan rakyat yang mengundi anuar Ibrahim akan dilupakan.itu lah dia perangai sebenar anuar Ibrahim.menyesal sungguh aku mengundi PKR.kalau tahu jadi begini.lebih baik aku undi PN.
Raja Mohd saya merayu agar YAb Dato Sri Anuar dpt melulus pinjaman bersasar sebanyak 5k pun takpa janji dlm acc 1 Ada melebihi 100k
Saya pon dah tak ada ac 2 mcm mana nak tampung hidup dengan umur 45 tahun tak ada siapa yang bagi kerja so kalau melabur pon bukan dapat menampung hidup harian kami . Datuk anuar kamu faham ke tak faham nak makan tak ada duit.kami bukan duduk penjara dah di sediakan makan hariyan.anak nak sekolah nak pakai duit kalau yang dah becerai menangung anak mcm mana kamu duduk tempat kita baru kamu rasa
nak buat pinjaman macam mana..acc 2 hanya 1k saja.acc 1 tak sampai 5k.
salam..bile boleh buat pinjaman cagaran ni..tarik satu umum pon tiade.macam mne orang nak mohon..cal bank.jupa bank..blom ade lagi respon.dan cara memohon…
Perdana Menteri paling x guna, menipu rakyat hanya pentingkan diri sendiri, NO PH and DAP, Rakyat dah lah susah dia nak susahkan lagi rakyat dengan membantu Pihak Bank dpt keuntungan.. PM paling selfish….
Terima kasih atas inisitif yg disarankan oleh kerajaan..Tetapi
isu 1
apakah inisitif untuk ahli KWSP yg tidak Ada acc 2 disebabkan sudah tidak bekerja Dan hanya mempunyai Baki akaun 1. Dan ahli ini sudah MUFLIS Dan tidak layak untuk memohon Di mana2 institusi Kewangan kecuali Along mungkin boleh lah…Sedangkan ahli tersebut mempunyai pelbagai masalah untuk Di selesaikan. sebagai contoh, Saman Dewan Bandaraya Dan Saman JPJ Dan Trafik. Tunggalkan sewa Rumah, tunggan bil utiliti, tunggakan bayaran bulanan insolvensi, gadaian atau cagaran emas Yang tempohnya semakin hampir untuk dilelong, tunggakan ansuran kenderaan Dan Rumah. Hutang dengan saudara mara Dan kawan2 Terdekat.
Isu 2
bagi bekerja sendiri seperti saya adakah inisitif Yang lain bagi meningkatkan Sumber pendapatan dengan Cara suntikan modal melalui bantuan khas Dari kerajaan yg tidak perlu di bayar semula..Tujuan suntikan modal ini agar masalah-masalah perniagaan kecil-kecilan seperti mengusahakan e-hiling dapat diatasi..Sebagai contoh untuk membaiki kerosakkan kenderaan, menampung Kos ansuran bulanan kenderaan Dan bagi mereka yg Dalam bidang perniagaan lain-lain bantuan khas boleh digunakan untuk suntikan modal Dan lain-lain urusan yg perlu diselesaikan yg menjadi bebanan.
isu 3
Perlu Ada tambahan pendapatan Dari kerajaan untuk menampung masalah-masalah ketidakcukupan Sumber pendapatan.
Isu 4
Kerajaan perlu membantu individu-individu Yang mempunyai masalah seperti Dalam isu 1 agar masalah mereka selesai melalui bantuan khas kerajaan. Sama Ada bantuan ITU berbentuk Pinjaman khas Dari kerajaan atau pemberian khas Dari kerajaan.
Isu 5
pastikan pihak kerajaan dapat membantu menyelesaikan masalah-masalah individu Yang terkesan dengan membenarkan pengeluaran kwsp bersasar..
Terima kasih
Abdul Rapi Bin Kunchong
Kota Kinabalu Sabah