Gambar hiasan

KISAH China, sebuah kuasa besar yang cuba menguasai dunia bukan lagi sebuah kisah dongeng yang tidak diketahui semua.

Malah China sudah semakin berani untuk mengorak langkah mencabar kuasa kuasa besar dunia yang lain sehingga mewujudkan perang dingin antara blok China dan blok Amerika.

Perang dingin pun kini semakin hangat apabila China mula untuk meneroka kepulauan Spratly di Laut China Selatan dengan mengenepikan UNCLOS dan mengamalkan “China Nine Dash Line”.

Penguasaan laluan perdagangan laut bernilai trilion USD ini menyebabkan ketidakseimbangan kuasa di kawasan itu disebabkan Beijing sudah menjadi dominan dan menyebabkan Amerika Syarikat sudah tidak mampu untuk menguasai Laut China Selatan.

Daripada batu karang, China sudah menambak tanah sehingga menjadi pulau, kemudian menjadi pangkalan tentera yang lengkap dengan pelbagai peluru berbandu beserta landasan kapal terbang.

Sehingga kini, China sudah mempunyai tujuh pangkalan tentera yang dimana tiga dari tujuh itu merupakan pangkalan yang cukup besar bernama Mischief Reed, Fiery Cross Reef dan Subi Reef. Tetapi, pembinaan tiga pulau ini sangat berdekatan dengan kepulauan Borner terutama Sabah.

Disebabkan terlalu dekat dengan Sabah, banyak sahaja aktiviti ekonomi dan kegiatan harian rakyat Sabah diganggu seperti aktiviti nelayan yang telah dihalau oleh askar China. Syarikat syarikat minyak dan gas juga turut diganggu

Dan juga lebih teruk apabila, kapal terbang atau jet pejuang China sudah beberapa kali menceroboh sempadan udara Sabah seperti mana pernah berlaku 16 pesawat tentera udara Republik Rakyat China yang menceroboh Zon Maritim Malaysia.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2018 siri 3, China sudah menceroboh wilayah Malaysia sebanyak 89 kali dari tahun 2016 sehingga 2020.

Tapi sayang seribu kali sayang, menurut penganalisis politik dan antarabangsa, kita nampak berdiam diri dan jika Malaysia masih turut berdiam dan berlembut, status sebagai negara berkecuali akan tercemar kerana kita akan seakan akan memihak kepada blok China yang akhirnya akan memberikan kesan buruk kepada hubungan antarabangsa dan ekonomi serta pelaburan Malaysia.

Persoalanya di mana kah Malaysia dalam isu keselamatan Laut China Selatan ini? Apakah pendirian kita dalam isu ini? Sampai bila kita masih perlu berlembut nampak takut dengan China?

Filipina sudah lama bertegas. Mereka telah menfailkan landmark arbitration di Tribunal Antrabangsa. Dan mereka sudah pun menang cuma China sahaja menentang.

Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte juga pernah menyatakan kesediaan untuk menghantar kapal ketenteraan di Laut China Selatan.

Dan yang terkini, AS dan Filipina sudah bersetuju dan sudah membuat perjanjian untuk memulakan rondaan bersama untuk sama sama menentang pengembangan kuasa Laut China Selatan. Dalam perjanjian tersebut juga, AS mempunyai akses ke empat lagi pangkalan strategik di Asia Tenggara.

Vietnam pula juga sudah bekerjasama dengan Indonesia, Vietnam-Indonesia Exclusive Economic Zone, untuk sama sama untuk menentang penerokaan Beijing di Laut China Selatan.

Vietnama meletakkan kapal kapal maritim mereka untuk bersama sama menjaga Laut China Selatan. Baru baru ini juga sudah hampir untuk berlaku pertemputan antara kapal Vietnam dan China.

Kita lihat, semua negara negara berdekatan dengan Laut China Selatan sudah berani untuk melawan China dan sudah menunjukkan kebersediaan untuk tidak berdiam diri. Mereka juga negara negara kecil seperti kita, kalau mereka berani, kenapa bukan kita?

Kalau semua negara sudah semakin agresif, apa lagi alasan kita? Di manakah Malaysia, sampai bila kita hendak berdiam diri seolah takut dengan China? Jangan sampai Sabah sudah hilang di tangan China, baru kita nak bersuara, waktu itu kita sudah sangat sangat sangat terlambat.

Dr Danial Azman
Penganalisis Isu Antarabangsa

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. saya berpendapat malaysia mesti bertindak tegas bila ianya melibatkan kedaulatan negara. contohi negara- negara Asean lain kerana berani mempertahankan maruah negara.

    • apa kau pikir cuma ada Natuna aja dikawasan laut China selatan. open minded pak

Comments are closed.