Surat pelawa mohon tauliah JAIPs kepada Ustaz Wadi bertarikh 3 Julai 2019.

KUALA LUMPUR – Dakwaan pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar bahawa beliau tidak pernah dipelawa memohon tauliah untuk menyampaikan ceramah agama di Perlis, tidak benar sama sekali.

Bahkan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) menerusi surat bertarikh 3 Julai 2019 membuktikan Ustaz Wadi pernah dipelawa berbuat demikian.

Hal ini didedahkan Ahli Jawatankuasa Fatwa Perlis, Dr. Rozaime Ramle yang menyatakan, surat meminta Ustaz Wadi memohon tauliah telah dikemuka sejak 2019.

“Setelah bertanya kepada JAIPs, mereka akui telah menjemput Ustaz Wadi untuk memohon tauliah sejak 2019 lagi.

“Surat ini sebenarnya sulit, tetapi Ustaz Ahmad Husam Baderudin telah memuat naik di Facebooknya terlebih dahulu,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.

Semalam, Ustaz Wadi mendakwa tidak pernah dipelawa untuk membuat permohonan tauliah melalui JAIPs sebelum ini.

Malah, beliau juga belum pernah mengadakan perjumpaan dengan JAIPs seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Ustaz Wadi berharap penjelasan itu akan merungkai kekeliruan dan memperbetulkan semula persepsi negatif selepas kekecohan yang berlaku di program Solat Terawih dan Sembang Santai bersama Ustaz Wadi Annuar di Markaz Tarbiyah Pas Kawasan Kangar, baru-baru ini.

Jabatan Mufti Negeri Perlis yang mengeluarkan tauliah dan JAIPs yang melaksanakan penguatkuasaannya dalam kenyataan media mendakwa, Ustaz Wadi sudah ditawarkan dan dipelawa untuk memohon tauliah.

Menerusi surat pelawaan itu, Ustaz Wadi diminta mengemukakan permohonan kebenaran mengajar agama dalam negeri Perlis secara one-off kepada Jabatan Mufti Perlis iaitu pada 14 hari bekerja daripada tarikh program dirancang bagi membolehkan beliau menyampaikan program kuliah agama.

Surat itu dikemukakan pada tarikh berkenaan selepas mendapati Ustaz Wadi akan terlibat dengan program Kuliah Maghrib Perdana di kompleks Pendidikan MATIN, Perlis pada 7 Julai 2019.

Menerusi pendedahan surat itu, Dr. Rozaime mengemukakan pertanyaan, adakah Ustaz Wadi menipu sehingga menafikan JAIPs pernah menjemputnya untuk memohon tauliah?

“Atau adakah Ustaz Wadi pelupa dan dia perlu tarik balik kenyataan media dia yang separuh masak ini? Lupa itu biasa kerana ada saja orang yang kata, “saya baca, tapi lupe”.

“Atau adakah Encik Husam dapat surat ini lalu tidak bagi (kepada) Wadi Annuar surat ini? Bak kata orang: Member buka surat member, lepas itu sorokkannya dan buat diam?,” soal beliau.

Kata Dr. Rozaime, jika benar persoalan itu, Ustaz Wadi kena minta surat berkenaan daripada Husam, tetapi perlu minta dengan beradab kerana Husam adalah Ahli Majlis Penasihat MATIN. – MalaysiaGazette

24 Komen

  1. Alaaaa tak payah nak berlakon mcm baik sangat laaa…mufti Perlis tu pun jd Profesor ikut pintu belakang..tak tulis sebarang jurnal berindeks, tak pernah selia pelajar PHD…satu geran penyelidikan pun tak ada..pakai pengaruh istana kat USM tetiba jadi Profesor? Makan gaji Profesor padahal tak layak! Profesor taik kucing! lagi mau sembang hukum? Kamu makan gaji haram kamu tak nak sebut…puiii!!

    • knp nk mengelabah..biar la dorg setel..buat dosa je ko ni..mentangle dosa tu xnampak..azabnya xterasa masa sekarang..relex2 sudahla..jgn sampai yg dikejar xdapat..yg dikendong berciciran..Allah Akan balas segala perbuatan yg salah..kalau xsekarang Akan datang..ko relex je..jgn mengelabah..kalu dorg wat perkara Salah..adalah balasannya..

    • kamu ada bukti ke?❌
      Sembang kencang ❌
      Puak² lebai yg ikut pintu belakang n pakar dalam tebuk menebuk ni✅
      phuiiiiii

    • relax bro…. apa xnya jgn lah jadi pendengki. usahlah otak kau di isi taik kucing hingga tak dpt berfikir dgn waras

    • jgn menghina org tak baik dan jgn taksub sangat pd satu ustaz je,ramai lagi ustaz yg lebih baik dan berilmu

    • sorry cuma nak tahu details…
      boleh kongsikan kepada nitizen semua sumber bagaimana tuan boleh akses maklumat tersebut kerana ini penting. kaitan dia makan gaji Haram tu boleh juga tuan buat pencerahan secara berindek. please

      • setuju…bukan nk belah mana2 tetapi statement tu amat bahaya kerana mengharamkan benda yg kita tak tahu hujung pangkal.

    • Walaun dgn fitnah mmg darah daging. Tak berasa dosa menabur fitnah. Seronok setan xpyh hasut ko sbb mmg sendiri buat dajjal

  2. Undamg-undamg megara atau negeri perlu dipatuhi, jika boleh semberono saja rosaklah negara. Contohnya undamg-undamg Islam membenarkan poligami, dalam undamh-undang negeri atau negara individu tersebut perlulah memohon kebenaran terlebih dahulu kepada negeri dengan syarat-syarat tertentu.

  3. Berapa banyak tauliah perlu ada daa? 13 negeri 13 tauliah? Buang masa! Patutnya satu tauliah untuk satu Malaysia. Harap ketua agama tampil untuk standardisekan bende2 remeh ni?

    • mana boleh buat macam tu..kalau negara yg ber presiden boleh lah. Malaysia ada 9 orang raja raja dan 4 negeri di bawah DYMM SPA. Kalau nak jadi satu dimana pulak kedudukan kuasa raja raja melayu terhadap agama Islam di negeri masing masing.

      • boleh je kalau nak buat.. pengumuman puasa, raya skrg pun dah disatukan dibawah YDPA je melalui majlis raja².. padahal dulu masing² setiap negeri akan umumkan sendiri.tp sejak jd kekeliruan kat johor, perak yg pernah beraya awal, majlis raja² sepakat, gunapakai 1 je pengumuman untuk seluruh malaysia.

    • pada lumrahnya, kalau kita pohon kerja kat Pahang. Ia memerlukan bsc. Tapi, ianya perlu dari ijazaĥkan dari negeri Pahang!
      Kenapa pengurusannya begitu rupa. Apakah keistimewaan nya?

  4. Aduss..rupa rupa nya bayangan pengikut DAJAL makin terang ditahun 2023 ini. Ya Allah yg Tuhanku ENGKAU lindungi lah kami dari hasutan dan pengaruh DAJAL.

  5. kenapa buat Rasa diri Tu kebal sgt? sekali pun awak Tu seorang agamawan tetapi SUSAH sgt ke NAK ikut procedure? inilah akibatnya bila ularrmak merasakan Diri mrk setaraf dgn para wali kononnya mrk X perlu dpt apa2 kelulusan DPD mne2 pihak krn mrk ini pendakwah hebat!? jika ikut resmi Nabi saw sifat Dan silapnya sgt merendah Diri! walaupun baginda seorang pesuruh Allah tetapi ketika mengadap raja rom baginda saw tetap Aku mengikut peraturan tetapi krn baginda seorg yg sgt terkenal dgn keperibadiaan yg tinggi, X perlu diminta2 baginda disambut dgn penuh kebesaraan ! tapi ularrmak dim’sia berbeza! terasa Diri mrk ramai follower MAKA mrk menganggap prosedur atau undang2 boleh diatasi begitu shj

  6. sengaja Cari kecoh! Lepas Tu nmpk sgt X tau procedure menyalahkan kerajaan ! X membaca ke puak2 walaun nih? bab2 agama NI tertAkluk pd sultan atau raja disetiap negeri? kesian pun Ada DIA orang berlagak PANDAI tapi bodoh

  7. bebal2 je aku tgk yang ngomen je pun. Dah dewasa semua, tahu ada pertauran, rule and law to be followed.

    Bukan kah kita sebagai orang Islaam mesti patuh kepada pemerintah, ikut peraturan dan jangan buat kecoh atau tunjuk perasaan mcm perempuan lah pula “para pahlawan lelaki” ni.

    Acu matang skit pemikiran tu, buat malu ke non muslim saja.

  8. Amik lesen motor boleh bw 1 dunia, amik ‘lesen’ tauliah blh pakai dlm 1 negeri shj. MAZA sendiri penah suarakan bab nk sampaikan ilmu kena ada tauliah ni x betul, rujuk balik video² lama dia. Ker RORA yg pelupa boss MAZA pernah komplen pasal tauliah2 ni. Sy setuju 1 tauliah dr Negeri cukup utk mengajar kat negeri2 lain. Napa negeri2 ni berbeza rukun Islam dn rukun iman ka? klu nk berkira sgt bab tauliah, habis tu org yg kawin kat Kedah nk bersetubuh kat KL kena akad nikah lg sekali tak?? yeah, kan under state bab nikah2 tu, kira klu pi kat luar kena akad lain kot? ker guaner.. Cakap bab ilmu disekat, tp PMX pi tgk konsert pompuan pakai seksi tergedik2 ada ker MUFTI tu tegur? tanya jer…

Comments are closed.