KUALA LUMPUR – Presiden UMNO mengesahkan pertemuan bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh telah diadakan bagi pembentukan barisan Exco Negeri Melaka.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, barisan Exco itu akan membabitkan rakan politik Kerajaan Perpaduan selain jawatan Timbalan Exco turut diwujudkan.
“Saya telah berjumpa dengan Ketua Menteri Melaka yang baharu untuk kemuka senarai nama barisan Exco Melaka bersama portfolio.
“Saya sahkan rakan-rakan kita dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat pusat dibariskan untuk Exco negeri nanti. Ini satu optik baru dalam menyokong Kerajaan Perpaduan di peringkat pusat,” katanya.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian selepas hadir pada Majlis Santunan Kasih Ramadan anjuran kementeriannya di sini hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, kesemua nama barisan Exco itu akan dipersembahkan Ab Rauf kepada Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.
“Kita harus beri peluang kepada Rauf untuk buktikan beliau boleh buat yang terbaik dan kesinambungan pentadbiran terdahulu diteruskan,” ujarnya.
Semalam, Ab Rauf menyifatkan barisan exco kerajaan negeri yang akan dibentuk sebagai ‘cantik dan menarik’.
Beliau turut memberi bayangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pakatan Harapan juga akan serta kerajaan negeri.
Katanya, ia bagi memastikan barisan Exco yang akan dibentuk lebih inklusif dan mencerminkan Kerajaan Perpaduan di Putrajaya. – MalaysiaGazette
Melaka; UMNO rejam UMNO boleh diklafikasikan kira main belakang atau main teams
Ketua Menteri UMNO tukar Ketua Menteri UMNO nampak “comel” di KUASA Ketua dan hitam di hati rakyat.
Adakah perlu lantik semua ahli PH menjadi exco?
PARTI majority UMNO tiada YB CERDIK ke?
Ingat rakyat Negeri SEMBILAN dan SELANGOR setaraf pemimpin Melaka ke? tunggu PRN nanti.
geng-geng “Walanon” pasti ada dalih alasan…
ayuh Walanon Walanon Hoi Hoi cipta formula