Dua maut di lokasi nahas dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan treler di Jalan Rompin lama pagi tadi.

KUANTAN – Dua maut dalam nahas kemalangan jalan raya membabitkan sebuah kereta dan treler berhampiran kolam udang di Jalan Rompin lama hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang, kedua-dua mangsa maut di dalam kenderaan jenis Myvi di lokasi nahas.

Manakala pemandu lori treler selamat dalam nahas dilaporkan pukul 8.46 pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kedua-dua mangsa yang maut beralamat terakhir di Pekan merupakan Ruzana Mohamad Agin, 50, dan Suhaizan Abdullah, 40, yang dikatakan dalam perjalanan pergi bertugas.

“Pasukan bomba menyelamatkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat,” katanya.

Seramai enam sembilan anggota bomba dari Balai Bomba Nenasi dikejarkan ke tempat kejadian bagi melakukan operasi menyelamat.

Mangsa diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette