Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan (tengah) diiringi Pengerusi Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat, Azmi Mohd Tahar (kanan) bersama pemandu teksi, Noorazlan Ismail yang berjalan kaki dari Skudai, Johor Bahru berjalan keluar selepas sesi serahan memorandum tuntutan rakyat berkaitan pengeluaran KWSP bersasar kepada YDP Agong di Pintu 3 Istana Negara, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 03 APRIL 2023.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tasek Gelugor merayu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati kerajaan bagi mempertimbangkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWPS) secara bersasar kepada golongan yang terkesan.

Selain itu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, pihaknya turut meminta Al-Sultan Abdullah melihat semula cadangan kerajaan berkaitan cagaran wang KWSP pencarum kepada pihak perbankan.

Katanya, kebanyakan pencarum masih terkesan pada masa ini akibat penularan Covid -19 selain ingin melunaskan hutang di bank menerusi caruman yang sedia ada.

“Pertama kami merayu supaya dibenarkan pengeluaran KWSP secara bersasar dan bukan secara semberono. Yang kedua, secara umumnya rakyat tidak gembira dengan keputusan kerajaan untuk mengarahkan rakyat yang mahu KWSP mereka dibuat pinjaman, jadi dicagarkan pula dana mereka.

“Konsep yang digunakan ini ialah pinjam daripada bank untuk menyelesaikan pinjaman daripada bank, jadi maksudnya tidak selesai sedangkan pencarum walaupu ada dana dlm akaun KWSP. Sebab itu kita tidak setuju dengan idea bagi pinjaman bank ini, kalau kerajaan bagi pinjaman itu lain.

“Tapi ini jadi komersial, yang untungnya bukan rakyat, sebaliknya untungnya pada bank. jdi saya rasa konsepnya saya tidak setuju pinjaman utk mencagarkan. Buatnya mereka ini tidak boleh bayar, dah pencarum yang sedia ada ini memang susah, kalau tidak boleh bayar kereta dan motor dan ada yang tarik, habis hilang KWSP ini, nampak tak logik.,” katanya dalam sidang media.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan (kanan) diiringi Pengerusi Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat, Azmi Mohd Tahar (tengah) bersama pemandu teksi, Noorazlan Ismail yang berjalan kaki dari Skudai, Johor Bahru menunjukkan memorandum tuntutan rakyat berkaitan pengeluaran KWSP bersasar yang akan diserahkan kepada YDP Agong di Pintu 3 Istana Negara, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 03 APRIL 2023.

Terdahulu, beliau yang mengetuai penyerahan Memorandum Bantahan Rakyat Terhadap Cadangan Kerajaan Berkaitan Cagaran Wang KWSP Pencarum Kepada Pihak Bank di pintu 3, Istana Negara di ibu negara hari ini.

Turut hadir sama pemandu teksi, Noorazlan Ismail, 49, yang telah berjalan seajuh 312km dari Tol Skudai ke Istana Negara dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO).

Pada 9 Mac lalu, kerajaan akan memperkenalkan kaedah yang membolehkan pencarum KWSP menggunakan wang caruman di agensi itu sebagai cagaran kepada bank bagi tujuan pembiayaan kewangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kaedah itu boleh ditawarkan kepada mana-mana pencarum KWSP yang ‘terdesak’ untuk mendapatkan pinjaman kewangan dengan cagaran daripada agensi terbabit.

Mengulas lanjut proses penghantaran memorandum itu, Wan Saiful berpuas hati kerana berjalan lancar dan berharap Seri Paduka mendegar mendengar denyut nadi rakyat yang amat memerlukan wang KWSP bagi kelansungan hidup.

“Dalam memorandum ini, kita memohon limpah berkenan dan belas ihsan daripada Al-Sultan agar menasihati Perdana Menteri supaya mendengar keluhan rakyat, rintihan rakyat.

“Selain memastikan bahawa pengeluaran KWSP secara besasar ini dibenarkan bukan semata -mata lebih mengalakkan rakyat lebih banyak berhutang untuk menyelesaikan hutang yang sedia ada,” jelasnya.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan bercakap kepada media selepas sesi serahan memorandum tuntutan rakyat berkaitan pengeluaran KWSP bersasar kepada YDP Agong di Pintu 3 Istana Negara, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 03 APRIL 2023.

Dalam pada itu, bekas Ketua Penerangan Parti Bersatu Malaysia (Bersatu) menegaskan, penglibatannya dalam tuntutan pengeluar KWSP hari ini bukan untuk mengambil kesempatan.

Sebaliknya, menjadi suara rakyat dan membawa mesej bahawa parti Perikatan Nasional (PN) akan terus menyokong agenda itu bagi membantu kelangsungan hidup rakyat.

“Ini satu usaha berpanjangan untuk membantu rakyat dan kita tiada niat ambil kesempatan politik, cuma masalahnya ialah diperingkat politik, pemimpin negara tiada political will untuk membantu rakyat dengan cara paling mudah iaitu membenarkan pengeluaran secara bersasar.

“Jadi jangan tuduh, seolah-olah kita nak ambil kesempatan dan sebagainya, bukan itu tujuannya. saya amat gembira masa dulu buat sidang media jadi suara berseorangan tapi sekarang PN secara keseluruhan menyokong agenda ini dengan membawa ke parlimen,” ujarnya – MalaysiaGazette