Tekong antra 19 PATI Indonesia ditahan bersama bot selepas cuba menceroboh masuk dalam negara di perairan Malaysia oleh Maritim Selangor.Ihsan Maritim Selangor

KUALA LUMPUR – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menahan 19 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia, termasuk tekong, kerana  menceroboh masuk negara ini secara haram menerusi perairannya awal pagi ini.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kapten Maritim, V. Siva Kumar berkata, mereka ditahan pada kedudukan 1.6 batu nautika barat daya Pantai Klanang, Selangor.

Katanya, berdasarkan maklumat berpandukan hasil risikan yang diterima, satu vesel dalam keadaan mencurigakan dikesan di Perairan Sungai Klanang.

“Maritim Malaysia Negeri Selangor telah mengatur gerak sebuah bot ronda bagi memintas vesel tersebut.

Tekong antra 19 PATI Indonesia ditahan bersama bot selepas cuba menceroboh masuk dalam negara di perairan Malaysia oleh Maritim Selangor.Ihsan Maritim Selangor

“Menyedari kehadiran pihak berkuasa bot itu cuba meloloskan diri dan berlaku adegan kejar mengejar hampir 30 minit sebelum terkandas dan hampir tenggelam, insiden ini membawa kepada penahanan bot itu pada pukul 2.30 pagi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Siva Kumar, hasil siasatan mendapati seorang tekong dan dua kru warga Indonesia berumur antara 48 dan 60 tahun yang mengendalikan bot yang dipercayai dari Tanjung Balai, Indonesia itu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Katanya, terdapat 11 penumpang lelaki dan lima wanita dalam bot itu berusia antara 26 hingga 53 tahun juga tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah ditahan ketika bot tersebut hampir tenggelam.

“Bot yang bocor tidak dapat diselamatkan dan tenggelam di lokasi tangkapan manakala kesemua PATI yang ditahan telah dipindahkan ke bot ronda Maritim Malaysia sebelum dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah untuk siasatan lanjut.

“Menurut salah seorang PATI, bayaran yang dikenakan untuk satu perjalanan menyeludup masuk dengan cara ini dianggarkan sebanyak RM1,500 sekepala.

Tekong antra 19 PATI Indonesia ditahan bersama bot selepas cuba menceroboh masuk dalam negara di perairan Malaysia oleh Maritim Selangor.Ihsan Maritim Selangor

“Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1953/63 kerana masuk dan keluar dari Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM 2007) kerana membawa masuk atau keluar PATI,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast