Serpihan helikopter yang ditemui di Teluk Halong, Vietnam. foto VnExpress

HANOI – Empat orang disahkan maut manakala seorang lagi masih hilang dalam nahas helikopter berhampiran Teluk Halong Vietnam.

Teluk Halong adalah sebuah teluk yang menjadi destinasi pelancongan popular. Sepanjang perjalanan menuju ke Teluk HaLong, pengunjung boleh melihat penduduk setempat yang giat bertani, selain pemandangan menakjubkan.

Pesawat itu membawa seorang juruterbang dan empat pelancong Vietnam, terputus hubungan selepas lima minit berlepas untuk terbang di Tapak Warisan Dunia Unesco.

Agensi berita VnExpress berkata, mayat juruterbang ditemui lewat malam semalam.

Menurut laporan itu, pasukan mencari dan penyelamat turut menemui sebahagian Helikopter Bell 505 dengan mayat.

Dua mayat yang lain ditemui berhampiran Teluk Halong.

Sehingga kini, hanya satu mayat belum ditemui.

Susulan kes ini, Northern Vietnam Helicopter Company telah menghentika semua lawatan menggunakan helikopter berkuat kuasa serta-merta. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast