kerajaan 1MDB
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Satu petisyen memohon Pengampun Diraja terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah dilancarkan secara dalam talian hari ini.

Petisyen (klik untuk lihat petisyen) tersebut ditujukan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah oleh Ariff Lias.

“Kami rakyat Malaysia memohon dan mendesak agar mantan Perdana Menteri Ke-6 Datuk Seri Najib dilepaskan dan dibebaskan segera kerana ketidakadilan perbicaraan serta kepincangan sistem kehakiman yang sangat serius dalam kes SRC dihadapi beliau.

“Antaranya Hakim YA Nazlan telah melanggar Etika Kehakiman 2009 dengan menyorokan penglibatannya bersama Maybank dan mencadangkan penubuhan SRC,” katanya.

Petisyen tersebut juga mendakwa Ketua Hakim Negara telah melanggar Seksyen 212, 217 Kanun Keseksaan kerana melindungi Nazlan selepas menerima laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Rasuah (SPRM).

Selain itu petisyen berkenaan turut memaparkan maklumat daripada keputusan minoriti yang dibuat oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli yang memihak terhadap Najib baru-baru ini.

“Keadilan bukan sekadar tentang tertuduh bersalah atau pun tidak, yang lebih utama adalah tentang hak tertuduh mendapat perbicaraan yang adil seperti yang dijamim dalam perlembagaan.

“Menjunjung kasih Tuanku. Daulat Tuanku,” katanya.

Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Mohd Nazlan, yang kini hakim Mahkamah Rayuan telah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada Najib bagi setiap tiga pertuduhan pecah amanah dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram.

Beliau turut menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, terhadap Najib dan memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak.

Pada 8 Disember 2021, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan menolak rayuan Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara serta denda itu.

Pada 23 Ogos 2022, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat menolak rayuan bekas Ahli Parlimen Pekan itu untuk membatalkan sabitan dan hukuman.

Najib memulakan hukuman penjara 12 tahun di penjara Kajang pada hari yang sama.

Najib kemudian memfailkan permohonan semakan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini.

Selain itu, beliau juga telah memfailkan permohonan pengampunan diraja pada September tahun lepas.-MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Pembunuh boleh diampun
    Perogol boleh diampun
    Penyamun boleh diampun
    Perosak Agama boleh diampun
    Penipu boleh diampun
    Peliwat boleh diampun
    Perasuah boleh diampun
    Asalkan PENJENAYAH boleh diampun
    best la habitat Welanon Welanon ni…
    berapa ribu PENJENAYAH Welanon sokong untuk diampun??

  2. Beliau patut diampun kerana trdapat fakta ketidakadilan dlm prbicaraan nya sblum ini… Anwar pun ada Kes jenayah bolih pulak diampun . knp tidak kpd YB Najib dn byk lagi Kes pngampunan kpd pnjenayah di negara merdeka ini…

Comments are closed.