Bomba memadam api yang marak membakar bas ekspres dalam kejadian di Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur, malam tadi. Foto ihsan: JBPM

KUALA LUMPUR – Seramai 20 penumpang dan seorang pemandu sebuah bas ekspres berdepan detik cemas apabila bas yang dinaiki terbakar di Jalan Tuanku Abdul Halim di sini malam tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Fadil Hesam Mohamed berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 10.23 malam.

Katanya, seramai 17 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul dan Sri Hartamas digegaskan ke lokasi kejadian sejurus mendapat maklumat mengenai insiden itu.

Katanya, bomba mendapati api marak membakar bas ekspres dua tingkat itu sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian.

“Bas itu dalam perjalanan dari KL Sentral menghala ke Jalan Jalan Tuanku Abdul Halim. Seramai 20 orang penumpang dan pemandu bas itu selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Fadil, api dapat dikawal pada pukul 11.47 malam dan padam sepenuhnya pukul 12.09 tengah malam.

Punca kebakaran masih dalam siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast