ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu.

KUANTAN – Kenderaan yang dinaiki dua orang penuntut Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) dirempuh oleh  sebuah kereta yang dipandu oleh lelaki dipercayai mabuk ketika dalam perjalanan bersahur pada semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kedua-dua penuntut mengalami kecederaan ringan itu telah menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Manakala suspek lelaki berusia 31 tahun yang dipercayai mabuk ditahan bagi siasatan lanjut setelah menjalani ujian kadar alkohol.

“Siasatan awal dapati, suspek dari arah Jalan Gambut menghala ke Jalan Dato Wong Ah Jang manakala kedua-dua mangsa dari arah Jalan Tanah Putih menghala ke Jalan Penjara dalam perjalanan selesai bersukan dan ingin bersahur.

“Apabila sampai di tempat kejadian, ketika mangsa sedang membelok di persimpangan, tiba-tiba telah dilanggar oleh suspek yang bergerak lurus.

“Suspek dibawa ke Balai Polis Trafik Kuantan oleh anggota peronda MPV kerana disyaki telah memandu di bawah pengaruh alcohol,” katanya.

Menurut Wan Zahari, ujian telah dijalankan mendapati tahap alkohol positif.

Kemudian suspek  menjalani ujian nafas dan ujian Evidental Breath Analyzer’ (EBA-II) mendapati tahap alkohol direkodkan sebanyak 221mg/100ml.

Kes masih dalam siasatan lanjut  bawah Seksyen 44(1A)  Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast