Anggota bomba sedang melakukan kerja-kerja pemadaman api di sebuah bengkel kenderaan di Alor Setar, Kedah hari ini.

ALOR SETAR – Sebanyak 10 kenderaan musnah dalam kebakaran di sebuah bengkel di Jalan Batu 3, Tandop di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 3 petang itu, 10 kereta termasuk kereta Mercedes dan BMW yang sedang dibaiki di situ musnah dalam kebakaran.

Difahamkan, kebanyakan kenderaan yang musnah itu dihantar pelanggan untuk kegunaan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Kebanyakan kereta milik pelanggan untuk kegunaan Aidilfitri.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 3.11 petang sebelum dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja dan BBP Alor Setar dikerahkan ke lokasi.

“Sebaik tiba pihak bomba dapati kebakaran melibatkan sebuah bengkel kereta kelas C termasuk 10 kenderaan di dalam bengkel tersebut.

“Kerja-kerja pemadaman dilakukan dan api berjaya dikawal pada pukul 3.31 petang.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu dan operasi tamat sepenuhnya pukul 4.44 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah jurucakap itu, punca kejadian serta kerugian masih dalam siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast