IPOH – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak akan bertolak ansur dalam usaha membersihkan Malaysia dan menyelamatkan bangsa daripada tindakan individu yang merompak kekayaan negara.
Anwar berkata beliau mengarahkan kerajaan supaya menyelamatkan negara daripada pemimpin-pemimpin yang mengayakan diri dengan merompak harta kekayaan negeri.
“Itu tekad saya, senang susah saya hadapi. Kalau nak jatuhkan kerana saya lawan rasuah, silakan, tetapi saya tidak akan bertolak ansur daripada bersihkan negara ini dan selamatkan bangsa kita dan negara kita daripada tindakan orang yang merompak kekayaan negara.
“Bukan sedikit, dan ini termasuk pimpinan yang ada dalam kerajaan, baik menteri, dalam kalangan kerajaan negeri (exco). Kena ingat, saya arah SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) apa, ambil tindakan kepada siapa sahaja yang melakukan rasuah, terutama setelah kita bagi amaran, dia buat juga lagi,” katanya ketika berucap melancarkan program “Semarak Tambun Cinta Al-Quran” dan menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Al-Ittihadiah di sini hari ini.
Anwar berkata beliau tidak terlibat dalam kes mahkamah melibatkan bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man.
“Apabila kita ambil tindakan (melawan rasuah), kita zalim. Bukan saya ambil tindakan saudara, ini yang paling akhir mantan Menteri Besar Perlis, saya bukan siasat, bukan saya buat laporan ke SPRM atau polis,” katanya.
Azlan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kangar, Perlis hari ini terhadap lima pertuduhan berkaitan tuntutan palsu bagi kemudahan cuti seberang laut berjumlah lebih RM1.18 juta antara 2013 dan 2017.
Sementara itu, Anwar memberi contoh bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) juga perlu mengutip cukai termasuk daripada individu yang kaya dalam usaha menyelamatkan negara daripada kehilangan hasil.
“Lembaga Hasil Dalam Negeri, kutip cukai daripada semua, ini kalau dia tu orang kaya berbilion-bilion (harta), dia tak bayar cukai, (kalau bayar) dia bayar sikit, yang orang biasa kena bayar cukai (seperti biasa mengikut ketetapan), inilah yang kita harus betulkan.
“Jadi saya sebut perkara ini kerana apa kaitan dengan Ramadan? Ramadan ini disiplin diri, soal nilai, soal akhlak yang saya ungkapkan sebagai MADANI,” katanya.- BERNAMA
rakyat sokong tekad PMX tu “lawan rasuah” maksudnya bukan KAMCING dengan Penyamun Rasuah. “…saya tidak bertolak ansur…” WOW ini bebetul sembang syok rakyat perlu bantu beri maklumat atau “BERTANYA” (untuk ingatan dikuatiri terlupa atau tidak perasan).
kaitan kapal perang tu ada nama-nama details tak untuk dihadapan….
rakyat dah mula TERIMA KENYATAAN bahawa
1) sedang dituduh
2) sedang disiasat
3) sedang dibicara
Adalah tidak bersalah melakukan jenayah selagi hukuman belum diputuskan Mahkamah.
Welanon Welanon tersenarai TOP itu boleh diberi kepercayaan memimpin Negara dan meneraju Institution.
Oppss… satu Kes banyak Kes disebut disebar ulang…
polan polan tu menang sebab rasuah..
polan polan tu kayakan anakberanak
polan polan tu memusnahkan Negara
polan polan tu… bukti terlambak banyak kot… Mahkamah dah jatuhkan hukuman ke???
memperkatakan itu benar atau Salah
memperkatakan itu baik atau JAHAT
memperkatakan itu pahala atau dosa
pemimpin MADANI semua ariff kot…
Rompakan ekonomi negara oleh Dasar Ekonomi Apartheid aka DEB/NEP hadkan 30% ekonomi untuk majority Melayu bumiputra supaya minority migran ekonomi bukan bumiputra meraih 70% ekonomi menyalahi ratio hak samarata malah melanggar hak perlembagaan keistimewaan Melayu masih belum reverse lagi muka tebal politikus Pak Pandir ooii!