KUALA LUMPUR – Dakwaan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi bahawa rizab tanah Melayu di negeri itu turun disifatkan sebagai tuduhan dangkal.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keluasan rizab tanah Melayu meningkat selepas Pas tidak lagi menjadi sebahagian kerajaan di negeri itu.
Pada tahun 2018 keluasan rizab tanah Melayu di Selangor adalah 162,162.04 hektar. Jumlah itu meningkat kepada 162,505.25 hektar tahun lalu.
“Dakwaan yang dangkal. Ini adalah faktanya, rizab tanah Melayu di Selangor 2018: 162,162.04 hektar; 2022: 162,505.25 hektar.
“Jumlah tanah rizab Melayu di Selangor meningkat setelah Pas tiada dalam kerajaan,” kata Amiruddin di Twitter.
Ahmad Yunus hari ini mendakwa rizab tanah Melayu di negeri itu turun mendadak di Selangor berbanding zaman pemerintahan parti itu sebelum ini.
Pesuruhjaya Pas Selangor itu mendakwa, berdasarkan isu data rizab tanah Melayu setakat 30 November 2022 mendapati ia turun sebanyak 3,200 hektar pada 2019 hingga 2021.
“Pas telah memerintah Negeri Selangor melalui Pakatan Rakyat pada tahun 2008, sejak itu Rizab Tanah Melayu mencatatkan peningkatan yang ketara sebanyak lebih 30,000 hektar.
“Namun, jumlah Rizab Tanah Melayu mulai menurun secara mendadak daripada tahun 2019 hingga 2021 sebanyak 3,200 hektar,” katanya dalam satu kenyataan.
Ahmad Yunus memberikan kenyataan tersebur berdasarkan kepada kenyataan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik bin Nik Ahmad yang mana berkata, rizab tanah di beberapa negeri mengalami penurunan.-MalaysiaGazette
jab jab…
pernah ada ke PAS PEMERINTAH atau MB di SELANGOR?
atau PAS terpaksa dan dipaksa BERSETUJU secara kolektif?
adakah DAP membantah PAS mengurangkan TANAH RIZAB MELAYU jika benar pengurangan terjadi?
apa tindakan MB SELANGOR dan partinya terhadap PAS?
minta hello hello viral dokumen tersebut sebab rakyat SELANGOR tunggu ni.. PRN SELANGOR dekat dah ni..
ORI ke TAK ORI hahaha
Kamu Kan Tahu dia penipu, Muka Dia pun Muka Penipu…Yang Kamu Bijak Pandai Yang Boleh Kene tipu dengan dia Pasal Ape?
Kamu Yang B….H!!!!!!
HahaHaha