KUALA LUMPUR – Dewan Negara meluluskan empat pindaan dan semakan Rang Undang-Undang (RUU) pada hari akhir persidangan petang ini.
Empat RUU yang lulus dengan suara majoriti itu ialah RUU Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2023 dan RUU Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2023.
Dua lagi ialah RUU Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 dan RUU Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023.
Hanya dua Timbalan Menteri terlibat untuk menjawab dan merumus soalan yang dibangkitkan Ahli-ahli Dewan Negara sepanjang bersidang hari ini.
Mereka ialah Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang & Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh.
Dewan Negara mula bersidang pada 21 Mac lalu hingga petang ini dan ditangguhkan pada suatu tarikh yang ditetapkan nanti. – MalaysiaGazette