KUALA LUMPUR – UMNO tidak akan terkejut jika bekas pemimpin parti itu yang dipecat atau digantung menyertai parti lain.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, sebagai bekas pemimpin, mereka akan mencari peluang di tempat lain seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Justeru menurut beliau, kenyataan Timbalan Persiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa parti itu akan membuat kejutan dengan kemasukan bekas pemimpin UMNO, bukan sesuatu yang mengejutkan.
“Tuan Ibrahim kata, ada kejutan kerana bekas pemimpin UMNO akan sertai PAS. Itu bukan kejutan. Kalau dah namanya bekas pemimpin, dia akan ke mana sahaja. Cari makan.
“Isu pemimpin UMNO melompat parti bukan baru. UMNO tidak pernah terkejut. Ada yang berkedudukan tinggi melompat parti bila parti hilang kuasa.
“Tun M pun melompat parti. Muhyiddin pun dua kali lima. Kalau setakat Annuar Musa, memang sudah lama dijangkakan,” kata Mohd. Puad.
Semalam Tuan Ibrahim dilaporkan berkata, beberapa bekas nama besar dan berpengaruh dari Umno dijangka akan menyertai Perikatan Nasional (PN) menjelang pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.
Langkah itu dipercayai sebagai strategi melebarkan penguasaan PN di negeri ditadbir Pakatan Harapan (PH) iaitu Selangor, Negeri Sembilan, dan Pulau Pinang.
Ia juga sebagai tindakan untuk mengekalkan negeri dikuasai PN iaitu Kedah, Kelantan, dan Terengganu.
Tuan Ibrahim yang membayangkan perkara itu hanya menyatakan ada “sesuatu berita baik buat PN”.
“Mereka mungkin dapat jawatan menteri jika PN kembali memerintah.
“Tetapi jawatan itu tidak kekal. Yang kekal ialah gelaran “katak”. Itu kekal selama lamanya. Jadi katak bukan kejutan,” kata Mohd. Puad.
Sebelum ini, Naib Presiden Pas Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dilaporkan berkata, beberapa pemimpin kecewa dengan kepimpinan parti mereka akan menyertai Pas dalam masa terdekat.
Bekas Ketua UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa yang dipecat pada Disember lalu antara nama yang didakwa berminat menyertai Pas.-MalaysiaGazette
Isu UMNO melompat parti Tun M Muhyiddin pun dua kali lima. “Mereka mungkin dapat jawatan”
“Jawatan tidak kekal. Yang kekal gelaran “katak”.selama lamanya. kata Mohd. Puad.
kharrk phuihh kharrk phuihh Welanon ni buat Lokman Adam menggigil nak menyekeh kepala Pokcik Puad tu…
tapi jangan bisik ke telinga Anwar Ibrahim ye…
rakyat BERTANYA Pokcik Puad ni cyber trooper CERDIK ke??
Daaaaaa…walaun lebai..penjilat perompak dah panas..minyak subsidi utk rakyat pun anak beranak nak rembat..celako betul PN ni
fuad sebagai speaker dun JOHOR TEWAS sekian kali KETUA bAHGIAN batu pahat…
bukan kejutan buat UMNO….Orang hebat ni tersungkur juga