Polis Kedah membuka kertas siasatan berhubung insiden seorang kanak-kanak terbakar sebahagian badan akibat tiada pemantauan ibu bapa ketika bermain mercun di rumahnya di Kampung Senara, Kubur Panjang di sini hari ini.

PENDANG – Polis Kedah membuka kertas siasatan berhubung insiden seorang kanak-kanak terbakar sebahagian badan akibat tiada pemantauan ibu bapa ketika bermain mercun di rumahnya di Kampung Senara, Kubur Panjang di sini hari ini.

Difahamkan, kejadian menimpa kanak-kanak perempuan berusia lima tahun itu dimaklumkan Hospital Pendang kepada pihak polis pukul 2.45 pagi tadi selepas menerima mangsa dalam keadaan anggota badannya terbakar kira-kira 46 peratus akibat terkena mercun.

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk rawatan lanjut dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Datuk G. Suresh Kumar ketika dihubungi MalaysiaGazette mengesahkan kejadian tersebut.

“Siasatan dibuka mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu pengabaian kanak-kanak,” katanya.

Difahamkan, mangsa  bersama dua abangnya bermain bunga api di halaman rumah pukul 10.30 malam sebelum ibu bapa mereka dikejutkan dengan bunyi jeritan daripada mangsa.

Pasangan suami isteri itu mendapati api sedang membakar tubuh anak perempuan mereka sebelum menjirus air ke arah mangsa dan membawanya ke hospital. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast