Asyraf Wajdi mempengerusikan mesyuarat ketua-ketua jabatan parti di Ibu Pejabat UMNO di ibu negara, semalam. Kredit Foto: Facebook Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – UMNO telah mula melaksanakan perancangan bagi memperkasa semula parti itu serta melakukan gerak kerja dalam usaha mendapatkan semula sokongan rakyat.

Justeru, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mempengerusikan mesyuarat ketua-ketua jabatan di Ibu Pejabat parti berkenaan di ibu negara, semalam.

Menerusi catatan di Facebook, Asyraf Wajdi berkata, mesyuarat tersebut antara lain membincangkan beberapa agenda penting termasuk persiapan Perhimpunan Agong UMNO serta Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan Malaysia.

Turut dibincangkan tentang penstrukturan baharu organisasi UMNO berdasarkan ajlis-majlis dan sekretariat-sekretariat majlis kerja tertinggi yang dibentuk.

“Ini bagi memastikan agenda memperkasa kembali parti dan gerak kerja untuk menagih kembali sokongan rakyat dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

“Apapun kunci kejayaan kepada apa jua perancangan ialah 5K (Keikhlasan, Kesungguhan, Kekemasan gerakkerja, Kebersamaan dan Kebergantungan sepenuhnya kepada Allah),” katanya di laman sosial itu. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Welanon ni patut buat kerja untuk rakyat. Rakyat telah beri amaran supaya president tu “dikerjakan” atas jenayah dibuatnya.
    Kerja senang pun gagal ni kan pula nak suruh rakyat percaya lagi .. ahli akarumbi tu pun ramai dah cabut… yang kekal HANYA NAMA yang dikekalkan dalam rekod Ahli supaya nampak “macam ramai”. Buktinya dah ramai bertumbuk bergaduh.
    UMNO Sabah pun antara Ketua tidak percaya ini kan pula rakyat.
    Konon nak kencing DAP tu… bagi kerusi mudah menang di PRN… SELANGOR minta Nyawa NEGERI SEMBILAN lemas Penang out KEDAH gigit jari KELANTAN terkulat-kulat TERENGGANU terkapai-kapai.
    dah buat kerja-kerja lepaskan PENJENAYAH tu lagi berbaloi

Comments are closed.