Anwar berucap pada Majlis Amanat Perdana Menteri bersama penjawat Pulau Pinang di Dewan Besar UiTM di Permatang Pauh hari ini.

PERMATANG PAUH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pengundi khususnya di Pulau Pinang untuk mengekalkan kerajaan negeri sedia ada, sekali gus memberi peluang Kerajaan Perpaduan meneruskan pentadbiran.

Beliau yang Ahli Parlimen Tambun berkata, adalah penting untuk Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bergabung sebagai satu pasukan dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) demi kestabilan politik.

“Walaupun keputusan PRN tidak akan memberi kesan kepada Kerajaan Persekutuan tapi rakyat perlu faham mengapa kita perlu pertahankan kerajaan negeri yang boleh bekerjasama Kerajaan Pusat.

Penjawat awam tidak melepaskan peluang berswafoto dengan Anwar.

“Saya minta rakyat pastikan kerajaan negeri ini kuat supaya dapat membantu kita memperkuatkan lagi Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan,” katanya pada Majlis Amanat Perdana Menteri bersama penjawat negeri di Dewan Besar UiTM Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Dalam ucapannya, Anwar meminta rakyat memberi tempoh beberapa tahun untuk membuktikan tatakelola yang baik serta menghentikan amalan rasuah dalam pentadbiran negara.

“Saya akui, ia bukan mudah untuk melakukan semua ini tapi bagi tempoh untuk kita buktikannya dengan pentadbiran tata kelola yang baik termasuk hentikan amalan sakau menyakau demi kemajuan negara.

“Ini kerana amalan rasuah bukan hanya melibatkan individu tertentu sebaliknya sudah menjalar dalam pentadbiran negara di semua peringkat,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Persekutuan Perbanduan minta beberapa tahun untuk urus? Dah terlalu KEBAL sampai PETRONAS dilibatkan untuk sekat hak Negeri.
    Belajar dengan Mahathir Muhyidin Ismail bagaimana TIDAK MEMERLUKAN beberapa tahun (TIADA HAD) urus Negara.
    Ada jumpa rakyat mati tak makan ke yang mati Kes COVID sedunia berlambak.
    Anwar dapat MENGHIDU wangi Rakyat sedang melakukan pengasingan KUASA. Sebelumnya rakyat beri kerajaan Perbanduan memerintah PUSAT Wilayah Persekutuan Johor Melaka Perak Pahang Sabah Sarawak = 7.
    dan memastikan PRN 6 NEGERI dipisahkan. Perlis (done) Kedah Pulau Pinang Kelantan Terengganu Selangor Negeri SEMBILAN = 7.
    Formula ni Rafizi tidak mampu berfikir tetapi rakyat yang diremehkan telah membina rangkaian.
    formula rakyat ini paling berkesan untuk menyekat Welanon merompak dan rasuah.
    Harap PMX “berkempen” BERSETUJU impian rakyat

Comments are closed.