PELABUHAN KLANG – Pakatan Harapan (PH) belum membincangkan mengenai permohonan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) untuk menyertai gabungan politik itu.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menjangkakan isu itu hanya dibincangkan dalam mesyuarat PH akan datang selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.
“Itu kita belum ada mesyuarat PH baru-baru ini. Jadi akan kita bincangkan dalam mesyuarat PH depan. Saya percaya banyak rundingan malah parti sibuk dengan persiapan hari raya ketika ini.
“Jadi bagi mereka masa untuk sambut hari raya dulu,” katanya pada sidang media di Westport Sdn Bhd di sini hari ini.
Semalam, Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu, pihaknya masih belum mendapat maklum balas daripada PH permohonannya untuk menyertai gabungan itu.
Syed Saddiq menggesa PH menyelesaikan pemohonan partinya terlebih dahulu sebelum membuat perbincangan lanjut mengenai pembahagian kerusi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.
Pada 10 September lalu, Anthony Loke mengesahkan Majlis Presiden PH menerima permohonan Muda untuk menyertai PH secara rasmi, yang dihantar sendiri oleh presidennya, Syed Saddiq. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Selesai dulu isu sertai PH, baru MUDA bincang kerusi PRN – Syed Saddiq
Kenapa DAP laju rela terima UMNO? party MUDA tu COWBIRD ke (burung perasit BERTELOR disarang dan diramkan burung induk lain untuk melebarkan jenerasi)? MUDA tu accessory ke makeup ke food seasonings ke?
setiap PRU PRN PRK “DAP bincang pertimbangan” BERGUNA atau TIDAK seharusnya KEKAL setelah ada MoU. kesian pulak macam anak burung KEDASIH tapi korang google le macamana pembunuhan KEJI dilakukan anak burung seawal usia Lima hari di netaskan.