KUALA LUMPUR – Courtyard by Marriot Setia Alam yang baru dibuka Disember 2022, berkolaborasi dengan Grab Driver partners & Delivery partners untuk satu program program tanggungjawab sosial korporat (CSR) semalam.
Diketuai Pengurus Besarnya, Derrick Felix dan pelakon Putra Amaris, hotel antarabangsa bertaraf empat bintang itu mengedarkan bubur lambuk kepada 100 orang pemandu dan penghantar Grab yang pandu lalu di perkarangan hotel.
“Courtyard by Marriott Setia Alam komited untuk melibatkan diri dengan komuniti yang merupakan sebahagian daripada nilai teras dan jenama hotel antarabangsa ini menjalankan perniagaan.
“Kami juga berusaha untuk membuat perubahan dengan memberi kembali kepada masyarakat dan menunjukkan penghargaan kepada pemandu dan penunggang Grab penghargaan apa yang patut mereka terima,” kata Derrick dalam satu kenyataan.
Beliau menambah, Courtyard by Marriott Setia Alam turut berharap dapat meningkatkan taraf hidup dan pemakanan komuniti e-hailing di kawasan sekitar.
“Kami akan melakukan apa yang kami boleh lakukan untuk memberi kembali kepada pemandu yang bekerja keras yang melayani tetamu kami dan memastikan komuniti berkembang maju,” katanya.
Sementara itu, Courtyard by Marriott merupakan jenama hotel pilihan yang kini beroperasi di 1,265 lokasi di 60 negara dan wilayah.
Dalam memberi pengalaman luar biasa dan memenuhi keperluan tetamu di mana-mana sahaja, bilik-bilik direka dengan teliti sebagai tempat berehat dan menyegarkan semula di di mana lengkap dengan peralatan tempat tidur yang mewah dan ruang kerja yang fleksibel. – MalaysiaGazette
IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast