Jamal Abdillah dikurniakan anak keenam di usia 63 tahun.

KUALA LUMPUR – Isteri kepada penyanyi Datuk Jamal Abdillah iaitu Datin Zai Izzati Khiruddin selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.94 kilogram di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur semalam.

Bayi perempuan yang merupakan anak keempat pasangan itu dilahirkan secara pembedahan dan lebih awal berbanding tarikh jangkaan bersalin.

Jamal, 63, memberitahu, bayi tersebut diberi nama Rahil Laura Salsabila yang membawa maksud air mata syurga.

Sementara itu, Jamal dan Zai Izzati mendirikan rumah tangga pada 1 April 2017.

Hasil perkongsian hidup itu, mereka sudah memiliki tiga anak iaitu Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani atau Zack, 2, dan Iskandar Rayyan Yamani kini berusia setahun.

Menerusi perkahwinan terdahulunya, Jamal memiliki dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17. – MalaysiaGazette