Thursday, April 25, 2024
Home Sukan Patah tulang kaki, aksi Martinez berakhir musim ini

Patah tulang kaki, aksi Martinez berakhir musim ini

Lisandro Martinez. Foto BBC.

LONDON – Manchester United mengesahkan Lisandro Martinez akan terlepas baki musim ini selepas mengalami patah tulang kaki semasa aksi suku akhir pertama Liga Europa menentang Sevilla awal pagi semalam.

The Red Devils turut mengumumkan bek tengah Martinez tidak akan beraksi lagi dalam kempen 2022-23.

“Lisandro Martinez telah diketepikan untuk baki musim ini selepas patah tulang metatarsal di kakinya

“Bagaimanapun, pemain pertahanan Argentina itu dijangka pulih sepenuhnya dalam masa untuk bersedia untuk permulaan musim depan,” menurut kenyataan kelab.

Martinez dibawa keluar padang oleh Marcos Acuna dari Sevilla dan Gonzalo Montiel – rakan senegaranya dalam skuad Argentina selepas mengalami kecederaan pada penghujung aksi di di Old Trafford.

Dengan Erik ten Hag sudah menggunakan semua pemain gantiannya, United terpaksa menamatkan pertembungan suku akhir pertama dengan 10 pemain, dan Sevilla mengambil kesempatan untuk memperoleh keputusan seri 2-2 daripada ketinggalan dua gol.

Sementara itu, Martinez bukan satu-satunya mangsa kecederaan dalam barisan pertahanan United semalam apabila Raphael Varane digantikan pada separuh masa selepas mengalami kecederaan, dan pemain Perancis itu dijangka akan diketepikan ‘untuk beberapa minggu’.

Martinez dan Varane telah membina gandingan pertahanan mantap musim ini diturunkan bersama dalam 16 daripada 29 perlawanan Liga Perdana Inggeris United semasa musim pertama Ten Hag sebagai pengurus. – Agensi