KUALA LUMPUR – Pengaruh ‘gelombang hijau’ yang mencatatkan kejayaan gemilang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 semakin berkurangan.
Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P. Ramasamy berkata, gelombang hijau yang disinonimkan dengan gabungan kerjasama Pas dan Bersatu dalam Perikanan Nasinaol (PN) mungkin hanya pengaruh sementara.
Menurutnya, terdapat lapan faktor yang mungkin menyebabkan pengaruh Pas dan Bersatu terhadap pengundi telah tersejat di bawah keadaan politik dan sosial semasa.
Ini termasuk sokongan terhadap kedua-dua parti itu di negeri utara dan timur Semenanjung Malaysia.
“Pertama, keadaan politik, sosial dan budaya yang beroperasi untuk mendorong parti-parti PN terutamanya di kawasan majoriti Melayu mungkin telah berkurangan. Bukan seperti pengaruh gelombang hijau itu sudah tiada, tetapi ia tidak berkesan seperti dahulu.
“Kedua, penggunaan tuduhan rasuah terhadap pemimpin UMNO amnya dan Presiden UMNNO Ahmad Zahid Hamidi khususnya bagi tujuan promosi gabungan mungkin terjejas akibat dakwaan rasuah, salah guna kuasa terhadap tiga pemimpin Bersatu termasuk Presidennya Muhyiddin Yassin.
“Oleh itu, tindakan untuk mempamerkan diri sebagai lebih suci mungkin tidak wujud seperti dalam kes pilihan raya parlimen tahun lepas,” katanya.
Menurut Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang itu, walaupun tidak ada kes terhadap pemimpin Pas tetapi sikap berdiam diri pemimpin parti itu mengenai dakwaan rasuah terhadap pemimpin Bersatu memburukkan sokongan terhadap PN.
Ramasamy juga berkata, kedudukan Pakatan Harapan (PH) sebagai kerajaan di tiga negeri dan di peringkat persekutuan boleh memberi tentangan kuat terhadap PN di kawasan majoriti Melayu pada pilihan raya di enam negeri nanti.
Katanya, kelebihan penyandang jawatan dalam menyediaan perkhidmatan kerajaan yang baik kepada rakyat menyebabkan keberkesanan gelombang hijau berkurangan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menjadi faktor kemerosotan sokongan terhadap gelombang hijau.
Anwar katanya, telah menunjukkan kepimpinan yang berkesan dan mantap dalam tempoh yang singkat selama empat setengah bulan pentadbirannya.
Perdana Menteri tegas dalam usaha membanteras rasuah ke atas individu tanpa mengira fahaman politik atau kelas dan memberi ruang penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
“Keenam, gelombang hijau mencari rezeki politik di peringkat ideologi. Ia tidak mempunyai sauh yang kuat dalam realiti material. Inilah sebabnya jika keadaan hidup rakyat tidak bertambah baik, gelombang hijau tidak dapat dikekalkan.
“Di penghujung hari, golongan miskin dan terabai memerlukan rezeki material dalam bentuk pekerjaan, upah, perkhidmatan dan kemudahan.
“Hanya kerajaan penyandang yang bertanggungjawab boleh menangani isu-isu ini, sudah tentu bukan pelampau agama dan kaum,” kata Ramasamy.
Beliau berkata, kerajaan perpaduan mungkin berhadapan dengan pelbagai jenis tekanan dan ketidaktentuan tetapi dari segi ekonomi ia berkembang dengan baik.
Keupayaan Anwar menarik pelaburan RM170 bilion dari China merupakan mata tambahan kepada kerajaan perpaduan.
Pelaburan sedemikian berdasarkan kestabilan politik dapat membuka jalan untuk pelaburan selanjutnya pada masa hadapan.
“Kelapan, terdapat kesedaran yang semakin meningkat yang ditimbulkan oleh dasar-dasar yang kukuh berhubung batasan kaum dan agama di negara ini.
“Gabungan PN selain menggunakan retorik perkauman dan agama yang melampau, mempunyai sedikit atau tiada apa yang boleh ditawarkan dengan cara meningkatkan keadaan ekonomi, sosial dan kehidupan rakyat Malaysia.
“Bukannya gelombang hijau itu hilang dan mati. Ia masih wujud. PN akan melampau dalam menggunakan bangsa dan kaum, tetapi terdapat had yang pasti untuk mengejar ideologi ini,” kata Ramasamy.-MalaysiaGazette
Kenyataan GOYANG RAMASAMY nampak CUN dah tapi buat apa dia PETIK ZAHID HAMIDI ada KES tu….
ini seperti timang-timang sayang dah TIMANG TINGGI kemudian dilepas terhempas .. berkecailah harapan Wak Welanon tu
Betul tu ramasamy. PHBN tak perlu risau apa apa. Ramasamy sila tidur dengan lena. Tak perlu keluar statement tuduh org lain pelampau agama dan kaum, just relax la. Kan kata gelombang hijau dah merosot. Dah, g main lato lato jauh2.