Pesawat A330 Saudia yang terbakar selepas terkena tembakan.

KHARTOUM – Sebuah pesawat A330 milik Saudia Airlines rosak akibat terkena tembakan di Khartoum, di tengah-tengah pertempuran tentera yang meletus di ibu negara Sudan awal Sabtu.

Pesawat itu terdedah kepada tembakan ketika bersiap sedia untuk berlepas ke Riyadh, menurut Saudia Airlines.

Saudia Airlines dalam kenyataan berkata, semua penumpang dan anak kapal selamat tiba di Kedutaan Arab Saudi di Sudan.

Susulan kejadian itu, semua pesawat Saudia Airlines dari dan ke Sudan telah digantung.

Menurut kenyataan itu, Pusat Koordinasi Kecemasan Saudia sedang bekerjasama dengan anggota kru kabin, kakitangan darat, dan Kedutaan Arab Saudi di Sudan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai insiden itu. – Agensi