shaiful hazizy
Shaiful Hazizy Zainol Abidin

ALOR SETAR – Gangguan bekalan air di Kedah bukan berpunca sepenuhnya kerana penurunan kuantiti sumber air sahaja tetapi juga kerana kegagalan Menteri Besar.

Itu kata Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin.

Sebaliknya, beliau menyifatkan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hanya memfokuskan agenda populariti diri berbanding masalah rakyat.

Jelas Shaiful Hazizy, Muhammad Sanusi perlu telus dan berterus terang kepada rakyat dengan memberi gambaran yang tepat mengenai tapak loji pemprosesan air Bukit Selambau dan Sungai Limau yang mana ia memberi kesan kepada pengguna air di daerah Kuala Muda.

“Saya amat bersimpati dengan rakyat negeri Kedah, di kala kita semua bergembira menyambut hari raya tapi berdepan masalah gangguan bekalan air.

“Hakikatnya, masalah gangguan ini bukanlah akibat perubahan cuaca yang mengakibatkan penurunan kuantiti sumber air tetapi lebih disebabkan Menteri Besar (Muhammad Sanusi) yang sudah terpesong fokus dan tumpuan, daripada masalah rakyat kepada agenda populariti diri, sentimen nak jadi hero dan juga strategi meraih simpati.

“Sepatutnya Muhammad Sanusi mendedahkan kenapa progress loji di Bukit Selambau dan Sungai Limau masih rendah dan perlahan, sedangkan ked-dua loji ini penting bagi  pengguna air di daerah Kuala Muda,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Mengulas lanjut Shaiful Hazizy turut meluahkan rasa bimbang mengenai tahap respon dan tindakan SADA terhadap krisis air musim perayaan.

“SADA ternyata sangat gagal menyelesaikan permasalahan aduan dan tindakan pantas malah pembekuan cuti kakitangan tidak cukup sekiranya pemetaan sistem serta tindakan masih lagi bersifat 20 tahun kebelakang.

“Saya juga sangat resah dengan proses penghantaran air ketika musim perayaan kerana lori-lori yang ditugaskan SADA didapati punyai banyak kelemahan termasuk gagal menepati jadual ataupun terlewat daripada garis panduan yang ditetapkan.

“Kepada rakyat Kedah, bertabahlah! Kita berdoalah agar dibukakan hati Menteri Besar supaya berhenti bermain politik lakonan meraih simpati, jangan ego dan sentiasalah beradab, sesungguhnya tindak tanduk beliau sebelum ini sama sekali tidak membawa sebarang keuntungan dan faedah untuk rakyat,” kata beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. eish bodohnya Ketua Penerangan UMNO Kedah, sapa lantik dia taktau, masalah air di kedah ni sejak awai lagi, masa dato syed ahmad sampai la kat datok muhkris, tapi bila uz azizan ambil alih, nmpak sikit perubahan dari jba ke sada, pastu merudum semula bila muhkriz ambilalih, lani hamppir 55% berjaya diatasi, yg lain tu sabarla, hanya jgn lantik org bodoh dan tamak kuasa dan gila duit – yg ada harus dikekalkn dan ditambah baik

Comments are closed.