Menteri Pengangkutan, Anthony Loke bercakap pada sidang media mengenai harga tiket penerbangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kementerian Pengangkutan Malaysia, Putrajaya. Foto MUHD NA’IM, 17 APRIL 2023.

PUTRAJAYA – Tiada keperluan untuk V. Sivakumar mengambil cuti daripada menjalankan tugasnya sebagai Menteri Sumber Manusia susulan siasatan kes rasuah kuota pengambilan pekerja asing yang dihadapinya ketika ini.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, selagi mana beliau bukan suspek dalam kes terbabit, timbalannya itu tidak wajar direhatkan daripada jawatannya.

“Beliau bukan suspek setakat ini, beliau pula sedia memberikan kerjasama sebagai menteri dalam kes ini. Setakat ini, kita masih memerhati perkembangan kes ini.

“Tiada arahan daripada Perdana Menteri untuk beliau ambil cuti setakat ini,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) di sini hari ini.

Terdahulu, Sivakumar menafikan kediamannya digeledah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Ahad.

Ketika ditanya media berkenaan soalan tersebut, Ahli Parlimen Batu Gajah itu hanya memberi respons ringkas dengan berkata, tidak.

Ahad lalu, media melaporkan, Sivakumar hadir ke pejabat SPRM bagi melengkapkan siasatan selepas badan penguatkuasa itu menahan tiga individu termasuk dua pegawai kementerian tersebut, minggu lalu.

Sementara itu, Khamis lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan, Setiausaha Sulit kepada Sivakumar ditahan.

Penahanan setiausaha sulit menteri itu dilakukan SPRM kira-kira jam 2.30 pagi selepas seorang pegawai tugas-tugas khas kepada Sivakumar ditahan sebelum itu.

Pegawai tugas-tugas khas Sivakumar ditahan selepas dipercayai bertindak sebagai ‘runner’ bagi mengutip rasuah daripada ejen-ejen tertentu untuk diberikan kuota pengambilan pengambilan pekerja asing. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Sivakumar masih disiasat, tiada keperluan direhatkan – PM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Apa punya sembang Anthony ni dah macam sama dengan MKT UMNO. Suspect pun boleh terus kerja dan mengerjakan.
    tu tu tu president Welanon tu tengok tu tengah DIDAKWA DALAM MAHKAMAH bukan tengah didakwa dibalai… tanpa GOYANG dia terus tersengih-sengih menganjing merajai sebagai Menteri dan TPM lagi siap bagi passport sepanjang hayat.. hahaha

Comments are closed.