PUTRAJAYA – Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar menafikan laporan media yang kediamannya digeledah penguat kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ditanya sama ada ia berlaku, pemimpin DAP itu berkata; ‘No, no’.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Batu Gajah itu turut mengulangi kenyataan dirinya dan kementerian bersedia memberikan segala kerjasama kepada SPRM untuk membantu siasatan.
“Saya akan beri kerjasama kalau Kementerian Sumber Manusia akan beri semua kerjasama dalam siasatan ini,” katanya ketika ditemui selepas pra pelancaran Minggu Latihan Kebangsaan 2023 di sini hari ini.
Terdahulu satu laporan media mendakwa SPRM menyerbu pejabat dan kediaman Sivakumar semalam dan laporan itu berkata penggeledahan itu bagi melengkapkan siasatan berhubung dakwaan menerima wang bernilai jutaan ringgit menerusi orang tengah sebagai jaminan meneruskan kontrak kerajaan terhadap individu tertentu.
Difahamkan, penggeledahan terbabit bagi menjejaki wang yang didakwa diperolehi Sivakumar.
Dalam pada itu, Sivakumar menjelaskan dirinya hanya dipanggil ke SPRM dan tiada tangkapan dibuat.
“Biar mereka buat siasatan, masih dalam proses siasatan kalau apa-apa kita akan bagi kerjasama yang penuh. Bila dipanggil bagi keterangan, kita akan 100 peratus bagi kerjasama,” katanya lagi.
Sivakumar dibebaskan setelah keterangannya direkod lewat petang semalam.
Pada 14 April lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan Setiausaha Sulit kepada Sivakumar ditahan. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Dey Tambi rakyat tak mahu cakap macam itu ular bengkok-bengkok. Cakap la betul-betul lu kena siasat apa tipu-tipu. ANWAR pun cakap suruh you stay jangan lari buat kerja terus. You apa perlu malu… duduk pejabat salam-salam pada semua ya…