Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Fuziah Salleh ketika Inisiatif Payung Rahmah Nirwarna Group di Kuantan hari ini

KUANTAN – Seramai tiga peruncit dikompaun RM500 di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 dalam tempoh dua hari penguatkuasaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) di Pahang.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata, kompaun itu dikeluarkan berikutan kegagalan peruncit mempamerkan tanda harga berwarna merah jambu ke atas barangan SHMMP.

“Setakat 16 April 2023, 2,036 premis terdiri daripada pemborong dan peruncit telah diperiksa di seluruh negara manakala di  Pahang sejumlah 121 premis telah diperiksa oleh Pegawai Penguat Kuasa KPDN,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Fuziah memberi jaminan segala barang keperluan menjelang Syawal adalah mencukupi.

“Sepanjang dua hari pelaksanaan SHMMP ini, tiada aduan berkaitan harga diterima daripada pengguna dan bekalan barangan keperluan adalah mencukupi,.

“Bekalan barang keperluan makanan menjelang sambutan raya ini mencukupi.” katanya ketika melancarkan Inisiatif Payung Rahmah Nirwarna Group pada hari ini di sini.

Pada majlis itu Fuziah juga menyampaikan 100 bakul Rammah sumbangan Nirwana Group kepada golongan memerlukan yang bernilai RM100 setiap satu.

BACA: 100 farmasi komuniti sertai Pakej Ubat Farmasi Rahmah

Menurutnya, bagi segmen pemeriksaan dan penguatkuasaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan, KPDN melaksanakan SHMMP mulai 15 hingga 30 April 2023 meliputi 30 jenis barangan asas seperti hasil laut, barangan kering, sayuran dan daging.

Manakala sejumlah 28 jenis barangan telah disenaraikan sebagai barang kawalan sempena musim perayaan ini di Pahang.

Senarai ini termasuk enam jenis barangan daripada kategori ayam dan telur ayam yang sedang berkuat kuasa sejak 5 Februari 2022. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast