Trofi Piala Dunia Bawah 20 Tahun. Foto fifa.com

GENEVA – Argentina akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) 2023 menggantikan Indonesia, lapor Xinhua memetik badan induk bola sepak dunia itu pada Isnin.

Biro Majlis FIFA mengesahkan keputusan itu selepas Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) mengemukakan bidaan susulan dan delegasi FIFA membuat pemeriksaan di negara Amerika Selatan itu minggu lepas.

Piala Dunia B-20 FIFA akan bermula dari 20 Mei hingga 11 Jun. Argentina pernah menjadi tuah rumah kejohanan yang sama pada 2001.

Undian rasmi Piala Dunia B20 FIFA akan berlangsung pada 21 April di ibu pejabat FIFA di Zurich.

Indonesia hilang hak menjadi tuan rumah kejohanan B20 selepas timbul bantahan di negara itu terhadap penyertaan pasukan Israel pada kejohanan itu. – Agensi

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast