Mohd Azhar (enam, kiri) with Zamri (tujuh, kiri) bersama pimpinan Hospital KPJ dan JLAND bergambar bersama selepas selesai menandatangani memorandum perjanjian kerjasama di Menara Komtar di Johor Bahru pada Ahad lalu.

JOHOR BAHRU – Hospital Pakar KPJ Bandar Dato’ Onn memeterai Perjanjian Kerjasama Strategik dengan pemaju hartanah, Johor Land (Jland) pada Ahad lalu.

Ia bertujuan untuk membangunkan komuniti perumahan serba moden selain lengkap dengan ciri-ciri khas termasuk fungsi perubatan kecemasan.

Ketua Pengarah Eksekutif Hospital KPJ Wilayah Selatan, Mohd Azhar Abdullah berkata, kerjasama itu menyaksikan satu pakej kesihatan istimewa yang menjadi sebahagian daripada setiap pembelian unit rumah dibangunkan JLand di Perjiranan 13, Bandar Dato’ Onn.

Projek perumahan berkenaan menelan belanja dengan nilai pembangunan kasar berjumlah RM664.5 juta.

Perjanjian seumpama itu pertama kali dilaksanakan oleh pengendali perubatan swasta di Johor selain dilihat sebagai penanda aras baharu khususnya kepada rangkaian Hospital KPJ di seluruh Malaysia.

Beliau berkata, dianggarkan sebanyak RM2 juta nilai pelaburan terlibat yang mana tiga elemen utama akan ditampil melibatkan penggunaan kemudahan perubatan, pakej kesihatan dan bantuan kecemasan secara digital.

“Kerjasama kita jalankan ini menggabungkan elemen kesihatan dan jugak teknologi yang sejajar dengan peredaran masa. Penduduk Perjiranan 13 akan menikmati sekurang-kurangnya tiga nilai tambah bagi setiap pembelian unit rumah di kawasan itu.

“Antara fungsi menarik ingin ditampilkan adalah setiap unit rumah di Perjiranan 13 ini akan dilengkapi dengan butang panik yang boleh diakses daripada telefon bimbit.

“Sekiranya berlaku kecemasan, pemilik rumah akan diberikan layanan eksklusif termasuk panggilan ambulans secara terus,” katanya dalam satu kenyataan  hari ini.

Mohd Azhar berkata, unit rumah yang dilengkapi dengan pakej kesihatan itu juga akan membolehkan pemiliknya menerima pemeriksaan kesihatan penuh setiap tahun selama selama 3 tahun, di mana kos ini telah di lunaskan sekali ketika sesi pembelian rumah.

“Apa sebenarnya yang ingin kita ketengahkan adalah mahu membantu dalam mewujudkan kawasan perumahan di bandar raya ini dibangunkan dengan konsep serba lengkap termasuk fasiliti perubatannya. Pasca pandemik Covid-19 harus menjadi iktibar kepada masyarakat untuk peka

“Perkhidmatan saringan kesihatan ini adalah termasuk menawarkan ujian darah, pemeriksaan jantung, dan juga konsultasi bersama doktor pakar hanya dari unit rumah mereka,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah Bertanggungjawab JLand, Zamri Yusof pula berkata, pembangunan hartanah jenis kediaman di Perjiranan 13 meliputi 4 empat fasa di mana fasa 1 mempunyai 211-unit rumah kediaman teres 2 tingkat dijangka dilancarkan pada Julai 2023.

“Pembangunan hartanah ini jenis kediaman dan komersil di atas tanah berkeluasan 67.2 ekar dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh enam tahun lagi,” katanya.- MalaysiaGazette