Branden Yap Hong Seng dibawa keluar dari mahkamah selepas hakim menjatuhkan hukuam tujuh sebatan ringan.

JOHOR BAHRU –  Mahkamah Sesyen, di sini, menjatuhkan hukuman sebatan ringan ke atas seorang pemuda kerana memukul dan membakar seekor anjing pada Mac lalu.

Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim turut memerintahkan Branden Yap Hong Seng, 19, yang dituduh Orang Kena Saman (OKS) dilepaskan dengan bon berkelakukan baik selama setahun dengan ikat jamin sebanyak RM10,000.

Hakim turut mengarahkan pihak pendakwaan menayangkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebelum keputusan dilakukan.

OKS membuat pengakuan bersalah di hadapan hakim yang sama 12 April lalu.

Mengikut pertuduhan, Hong Seng didakwa dengan kejam menyebabkan kesakitan ke atas seekor anjing dl hadapan sebuah premis Jalan Impian Emas 22, Taman Impian Emas, Skudai pada jam 1.49 pagi 27 Mac lalu.

Bagi perbuatan itu, OKS didakwa mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 29(1) akta sama.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterina Johor, Mohd Zamri Shak @ Ishak dan OKS diwakili peguan, G. K. Sritharan.

Mahkamah menetapkan 21 Mei depan bagi pelaksanaan hukuman sebatan secara terbuka di Mahkamah Sesyen pada jam 9 pagi. -MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast