KUALA LUMPUR – Peguam kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tetuan Thomas Phillip telah menjawab surat tuntutan Tun Dr. Mahathir Mohamad, kata peguamn, Rafique Rashid.
Rafique yang mewakili Dr. Mahathir berkata, surat berkenaan dihantar peguam Anwar semalam.
“Surat jawapan tersebut sekadar menafikan segala tuntutan tanpa sebarang keterangan atau bukti diberikan dengan alasan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjawab tuntutan di Mahkamah,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Semalam, bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Anwar berhubung dakwaan menuduhnya mengumpul kekayaan peribadi semasa berkuasa.
Berdasarkan surat berkenaan, Dr. Mahathir telah mengarahkan peguamnya untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap Anwar.
“Di atas jawapan yang diterima dari peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Dr. Mahathir telah mengarahkan firma guaman kami untuk meneruskan tindakan lanjut undang-undang terhadap Anwar,” kata Rafique.
Pada 27 Mac lalu, Drt. Mahathir menghantar surat tuntutan kepada Anwar menuntut pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menarik balik dakwaan yang dibuat semasa ucapan dasar pada Kongres Nasional Khas PKR 2023, pada 18 Mac.
Sekiranya Anwar gagal menjawab surat itu, Dr. Mahathir berkata, dia akan meneruskan tindakan undang-undang.
Tarikh akhir Anwar untuk menjawab surat undang-undang Mahathir ialah pada 3 April lalu, tetapi ia ditangguhkan ke semalam selepas peguam Anwar meminta dilanjutkan.
Pada 28 Mac lalu, Dr. Mahathir menerusi satu sidang media berkata, walaupun Anwar tidak menyebut namanya (dalam kenyataan itu) tetapi berdasarkan laporan media, orang ramai faham tuduhan itu dilemparkan kepadanya. – MalaysiaGazette
Dah agak dah pun. Tp para walanon asik ulang2 dia tak nak bg bukti skang, sbb nak masuk mahkamah baru nak keluarkan bukti2 berkotak2 yg diwar-warkan sejak zaman reformasi dulu. Bg Tun M terkejut beruk katanya. Haha.. walanon walanon. Kena kincin berkali kali pun tak sedar lagi. Nah skrg masanya. Tunggu apa plak alasan walanon pasni klu kotak bukti tak jumpa. Hanyut dek banjir bleh jd alasan gak.
hahaha…
Bak kata P.Ramlee
Kamu kan dah tahu dia Penipu
Muka Dia Pon Muka Penipu
Yang Kamu Walanon semua Bijak Pandai Sampai Kene tipu Dengan Dia tu dah kenapa?…
hehehe
Habis la sembang kari kali ni? 25 tahun rakyat era reforbasi menunggu?
atok kena jerat…korek lubang sendiri…