KUANTAN – Kadar kenderaan menuju ke Pantai Timur semakin meningkatmenjelang Hari Raya Aidilfitri.

Menurut kenyataan Anih Berhad, sebanyak 152,144 buah kenderaan melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak hari ini antara jam 12 tengah malam tadi sehingga jam 10 malam ini.

“Sejumlah 109,434 kenderaan menghala barat dan 42,710 melalui Lebuhraya Kuala-Lumpur–Karak.

“Manakala 72,738 memasuk dari Lebuhraya pantai Timur 1 dan48,899 pula keluar,” katanya.

Aliran trafik terkawal sepanjang siang tadi namun terdapat pertambahan kenderaan pada sebelah malam.

“Laluan lebuhraya KL-Karak kini trafik dilaporkan sesak sepanjang 20 kilometer bermula dari KM23.1 hingga KM42.9 arah Timur iaitu laluan Gombak-Bukit Tinggi di mana satu laluan manual telah dibuka bagi menangani kesesakkan.

“Di laluan LPT1 pula dilaporkan trafik lancar Tol Plaza Gombak ke arah Timur,” katanya.

Sementara itu, tinjauan MalaysiaGazette di Tol Gambang dan Tol Kuantan mendapati laluan keluar masuk masih terkawal.

Hujan lebat bermula jam 10 malam tadi berkemungkinan menyebabkan kesesakan lalu lintas. – MalaysiaGazette