Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama orang ramai ketika hadir membuat lawatan ke Bazar Ramadan Kompleks PKNS Seksyen 14 Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 19 APRIL 2023.

SHAH ALAM – Kerajaan akan memperluaskan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada tiga sukarelawan membabitkan Rejimen Askar Wataniah, pasukan simpanan Angkatan Tentera (PSAT) dan pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia (PSMM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkara itu selepas pihaknya menerima permohonan daripada tiga kumpulan tersebut.

“Berkaitan elaun untuk sukarelawan (akan diberikan) kerana saya telah dimaklumkan ada permohonan ada yang tidak masuk.

“Tiga kumpulan terlibat Wataniah, Angkatan Tentera dan Matitim. Ketiga-tiganya akan masuk di bawah kategori Bantuan Aidilfitri Sukarelawan,” katanya selepas Program Santunan Ramadan Malaysia Madani, di Bazar Ramadan PKNS, di sin,i hari ini.

Sementara itu, menurut Kementerian Kewangan, seramai 26,000 akan terbabit dalam Bantuan Khas Aidilfitri itu dengan peruntukan sebanyak RM7.8 juta.

Pada 29 Mac lalu, Perdana Menteri mengumumkan Bantuan Kewangan Aidilfitri kepada lebih 200,000 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM), sukarelawan polis dan bomba.

Bantuan kali pertama yang diberikan itu menyaksikan setiap anggota akan mendapat bantuan tunai RM300. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast