Shaiful Hazizy Zainol Abidin

KUALA LUMPUR – Tindakan Pesuruhjaya Pas Kedah, Ahmad Yahya tiba-tiba menamakan Datuk Seri Sanusi Mohammad Noor sebagai calon poster boy Perikatan Nasional (PN) dilihat tidak kena.

Mereka mahu Menteri Besar Kedah itu dikekalkan sebagai sekiranya PN memenangi pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.

Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin mengingatkan pelantikan MB di bawah bidang kuasa Sultan Kedah dan parti yang berjaya membentuk kerajaan sekadar hanya boleh mencalonkan, namun kuasa mutlak dan penuh adalah hak sultan.

“Nasihat saya, Pas sepatutnya faham kedudukan ini seharusnya menghormati institusi beraja di negeri Kedah. Justeru itu UMNO Kedah mendesak Ahmad Yahya memohon maaf secara terbuka kepada sultan atas keterlanjuran ini,” katanya yang mesra disapa Tok Pon dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Shaiful Hazizy, UMNO Kedah hairan wujudnya seolah-olah “pesta” melontarkan sokongan kepada Sanusi kebelakangan ini.

“Kita dapat melihat tiba-tiba timbul coretan-coretan pelbagai di media sosial memberi sokongan teguh daripada pelbagai peringkat pimpinan.

“Persoalannya, adakah wujud masalah ataupun perpecahan di dalam Pas Kedah? Sehingga mendorong seolah-olah wujudnya satu arahan menyeluruh ataupun gag orde untuk memberi sokongan kepada Sanusi.

“Atau pun, sudah timbul rasa bimbang dan gerun akan perkembangan politik semasa di Kedah yang menyaksikan pimpinan perpaduan negeri Kedah gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sudah mula menyusun langkah formasi perang pilihan raya?” soalnya. – MalaysiaGazette

7 Komen

  1. Simpan BODOH tu untuk buat spare pembubaran DUN. Kes BIASA ni pun nak cerita. Itu perancangan PAS macam ANWAR IBRAHIM juga.
    Benda PELIK SEBENAR tidak pula terfikir macam NO DAP NO ANWAR siap SUMPAH KERAMAT lagi atau dah FAHAM maksud tu adalah GABUNGAN **NODAP dan **NOANWAR macam “Seladang mengawan dengan Lembu” jadi istilah itu menjadi SELEMBU. Rakyat Malaysia pesan kat akarumbi UMNO suruh bisik ke telinga Ketua Penerangan tu pi habaq dekat RAYA ni KELUARKAN ZAKAT bukan KEBODOHAN MELAMPAU

    • Bawa mengucaplah dgn kata-kata tu. Ramadan mendidik kita bertingkah laku yang elok

    • Depa punya x toqah nak buat ceqita!! kita mintak NGO2 pro PAS buat laporan POLIS terhadap ketua mangkok hayun ni kerana cuba melaga2kan PAS Kedah dgn Sultan Kedah.. mangkok hayun ni jugak cuba mengheret institusi raja ke medan politik.
      Harap dapat dipertimbangkan cadangan saya ini

  2. Ketua penerangan UMNO kedah ni baru keluaq dari gua gunong keriang rasanya, dlm banyak2 PRU n PRN umno tak pernah letak calon sebagai mb ke

  3. X toqah sungguh la puak2 penyamun punya ceqita.. ni dah masuk mai qumah oqang dok atoq qeja buat oqang apa kejadah?? Qumah tangga sendiqi pun dok berteqaboq dok kalut qumah tangga oqang!!!

  4. Aduh!!! Malu lah bodoh tu jgn tunjuk sgt… dah ketandusan isu .. nak heret raja pulok.. tolong bro jgn jadi badut …

Comments are closed.