Tuesday, December 3, 2024
Home Seni Hidup Ambillah semua harta, you nak menang menanglah Mohd Syamsul – Puteri Sarah

Ambillah semua harta, you nak menang menanglah Mohd Syamsul – Puteri Sarah

@malaysiagazette

“Sarah dah penat bergaduh dan berlawan dengan lelaki narcissist macam ini, semua doakan semoga Sarah dilepas dan diceraikan dengan cara baik,” Video: Puteri Sarah Liayana #malaysiagazette #mgnews #puterisarah #syamsulyusof #cerai

♬ Hati Yang Kau Sakiti – Rossa

KUALA LUMPUR – Tidak sampai 24 jam lagi umat Islam menyambut kedatangan Syawal, pelakon Puteri Sarah terus dibelenggu krisis rumahtangga yang masih tiada jawapan selepas suaminya, pengarah Syamsul Yusuf enggan melafazkan talak pada minggu lalu.

Tampil dalam satu video di laman Instagram hari ini, ibu kepada dua cahaya mata hasil perkahwinan dengan Syamsul sejak sembilan tahun lalu itu meluahkan rasa penat bergaduh dan bertelingkah dengan suaminya.

“Sarah dah penat bergaduh dan berlawan dengan lelaki narcissist macam ini, semua doakan semoga Sarah dilepas dan diceraikan dengan cara baik,” katanya yang bertelekung sambil menangis teresak-esak.

Menurut Puteri Sarah, beliau rela jika Syamsul mahu mengambil semua harta-harta mereka namun hak-anaknya tidak boleh diabaikan.

“Kepada Mohd Syamsul kalau you nak ambil semua harta you ambillah, I tak nak. I ada kaki dan tangan boleh bekerja tapi hak anak-anak jangan diabaikan,” luahnya.

Artikel berkaitan:

Beliau juga mengulangi rintihan terlalu penat berhadapan dengan situasi tersebut dan dilayan sebagai isteri yang tidak mendapat kasih sayang.

I juga ada keinginan hendak bahagia, I juga ada keinginan nak rasa kasih sayang. So let me go dan bagi I move on untuk cari kehidupan I yang selama ini you cakap I berhak cari sendiri.

I sudah penat argue dengan you so you nak menang you menanglah Mohd Syamsul, nanti jawab di akhirat,” katanya.

Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5.
Selasa lalu, Puteri Sarah dan Syamsul bertemu di mahkamah bagi mengakhiri perkahwinan seperti mana yang dipersetujui sebelum ini, Namun Syamsul menarik balik keputusannya untuk menceraikan Puteri Sarah kerana tidak bersetuju beberapa terma tambahan yang dimasukkan oleh isterinya itu.
– MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast