Rumah banglo dua tingkat kediaman rasmi TPM Ahmad Zahid terbakar membabitkan bilik kucing dalam kejadian tengahari tadi. Ihsan BOmba Selangor.

KAJANG –Bilik simpanan kucing di rumah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terbakar tengahari tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor, Morni Mamat berkata, kebakaran itu berlaku di kediaman Ahli Parlimen Bagan Datok itu yang terletak di Country Heights, Kajang.

Katanya, bilik gerakan operasi negeri telah menerima panggilan mengenai kebakaran itu sekitar jam 1.30 tengahari tadi.

Ahmad Zahid memeriksa keadaan kebakaran dalam bilik kucing di rumah banglo dua tingkat miliknya di Country Heights Kajang tengahari tadi.Ihsan Bomba Selangor

“Kebakaran itu menyebabkan bilik simpanan kucing berukuran 20 X 20 kaki persegi terbakar 15 peratus,” katanya dalam satu kenyataan

Tambah Morni, api berjaya dikawal daripada merebak ke ruang lain dan telah dipadamkan sepenuhnya.

“Siasatan mendapati tiada kecederaan atau kehilangan nyawa akibat kebakaran itu,” katanya

MalaysiaGazette sedang dalam proses mendapatkan perkembangan lanjut daripada Ahmad Zahid mengenai kebakaran tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast