Bangunan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

PETALING JAYA –  Peguam Alvin Tan mengesahkan enam lelaki yang menghabiskan hujung minggu di penjara kerana tidak membayar ikat jamin, dibebaskan hari ini selepas membayar jaminan.

Katanya, penjamin diminta hadir di kaunter ikat jamin di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 10 pagi tadi.

“Pagi ini, peguam mereka bersama penjamin tiba di mahkamah kira-kira 9.30 pagi. Pegawai mahkamah sudah bersedia dengan permohonan ikat jamin bagi enam tertuduh itu,” katanya menurut laporan FMT.

Artikel berkaitan: Enam tertuduh tidak dapat kemuka penjamin sehingga jam 4 petang – Mahkamah

Menurutnya, dengan bantuan pegawai mahkamah, penjamin berjaya melengkapkan prosedur ikat jamin sekitar tengah hari.

Mereka akhirnya dibebaskan dengan ikat jamin. – MalaysiaGazette

CCTV mahkamah akan buktikan kaunter jamin ditutup awal – Peguam

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast