Prof. Dr. Mohamad Agus Yusoff

KUALA LUMPUR – Terdapat tiga perkara yang merimaskan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohammad Agus Yusoff ketika pulang berhari raya di Kelantan.

Isu tekanan air yang rendah serta tidak berkualiti menjadi isu pertama merimaskan bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tersebut.

Menurut Mohammad Agus, Kelantan juga berhadapan dengan isu jalan yang tidak diselengara dengan baik.

Beliau turut mendapati persekitaran negeri itu kotor kerana sampah sarap tidak diuruskan secara sistematik hingga mengotorkan keadaan.

Dalam perkongsian ringkas di Facebooknya, Mohammad Agus berkata, ketiga-tiga isu itu bukan masalah baharu tetapi sebaliknya telah berlanjutan sejak sekian lama.

“Balik Kelantan sambut raya. Tiga perkara yang merimaskan. Airnya perlahan dan kualitinya teruk. Jalannya sempit dan berlubang. Sampah berlonggok di merata tempat dan kotor.

“Aduhhhh, negeriku. Masalah ini berulang setiap raya. Semoga boleh berubah.

“Sekejap lagi bertolak ke Pulau Pinang. Nikmati kelainan. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir batin,” kata beliau.

Sementara itu di ruangan komen rata-rata pengikut FB Ketua Pengarah J-KOM bersetuju dengan rungutan yang dilontar beliau.

“Setiap hari, bukan setiap kali raya,” tegas Adli Muhammad AlHasan.

“Perkara biasa tapi yang paling tak tahan selain jem tak bergerak, stesen minyak RnR pun kadang tak ada air. Terpaksa bawa bekal air sendiri,” kata Nredya Edya Edrus.

“Sungguh. Letih. Bertahun-tahun lagu ni,” komen Rusdi Abu Bakar.

“Benar prof., Saya dari Terengganu lancar perjalanan, masuk Kelantan melalui Bukit Yong jalan terus jem,” kata Mohd. Amer Hamat.

“Prof. kena usahakan sesuatu untuk negeri prof. Prof dah ada jawatan dalam kerajaan sekarang ni. Selamat hari raya prof. Maaf Zahir batin,” komen Ahmad Hafizi.-MalaysiaGazette

6 Komen

  1. Kelantan Di anak tirikan kerajaan persekutuan bertahun2.
    Minyak Kelantan Di hantar ke Songkalo,royalti minyak Di batalbatalkan, projek jalan Raya dilambatkan,
    Projek baiki jalan lambat Dan sentiasa Ada halangan Dan masalah.PROJEK pembesaran lapangan terbang lambat,walaupun jumlah penerbangan lebih banyak Dari K.Terenganu.
    Cuba prof. buat kerja sikit Dan kaji .Jangan jadi juara org kampung

  2. Apa nak pelik? memang majority orang Kelantan tak kesah pun asal dapat pemimpin lebai lebai yang petah berbicara pasal agama. kalau rakyat kelantan hendakkan kemajuan dah lama depa tukar kerajaan. jadi tak perlu lah awak meratap & sentap sangat.

  3. Datuk dah kenalpasti 3 masalah klasik ini di Kelantan, kini dah tiba masa untuk datuk bertindak menyelesaikannya pula selaku Pengarah J-KOM. Semoga raya tahun depan keadaan akan berubah. Selamat Hari Raya

Comments are closed.